2 beranak dibunuh, suspek utama warga Nepal direman

PETALING JAYA – Tiga lelaki warga Nepal termasuk seorang suspek utama direman susulan pembunuhan kejam dua beranak di rumah sewa, di Kampung Sekolah Juru, Bukit Mertajam, Sabtu lalu.

Tempoh reman terhadap suspek lingkungan 28 hingga 40 tahun bermula hari ini sehingga 31 Oktober ini.

Menurut Kosmo, perintah itu dikeluarkan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dengan diiringi polis pada jam 9.45 pagi tadi.

Difahamkan, tangkapan suspek utama mungkin akan merungkai motif pembunuhan dua beranak, Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11.

Sebelum ini, dua suspek termasuk suami mangsa berusia 57 direman tujuh hari bermula 19 Oktober lalu.

Pada 18 Oktober lalu, dilaporkan ibu bersama anak angkatnya ditemukan maut dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumah mereka, sekitar jam 7.30 malam.

Kedua-dua mereka ditemukan dengan kesan tikaman dan kelar pada anggota badan termasuk hampir putus kepala dan terputus tangan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *