4 maut nahas motosikal di Tangkak

PETALING JAYA – Empat maut dalam nahas tiga motosikal dengan sebuah kereta di KM32.5, Jalan Muar-Segamat, Tangkak, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.55 malam itu, mangsa maut berusia 18 hingga 20 tahun.

Ketua Polis Tangkak Roslan Mohd Talib berkata, tiga mangsa iaitu penunggang motosikal Yamaha 135LC dan penunggang Yamaha Y15ZR serta pembonceng, remaja perempuan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi penunggang motosikal Yamaha 135LC meninggal dunia di Hospital Tangkak ketika mendapatkan rawatan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Pemandu kereta Perodua Myvi bersama penumpang tidak mengalami kecederaan.

“Polis melakukan siasatan terperinci berhubung nahas membabitkan empat mangsa itu,” katanya menurut laporan Kosmo.

Roslan berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *