CDERT Tumpat Sedia 80 Sukarelawan Hadap MTL Tahun Ini

TUMPAT – Pasukan Tindakan Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) Tumpat dengan kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Bencana Parlimen Tumpat dan Pejabat Daerah Pertahanan Awam Tumpat menganjurkan Kursus Asas Anggota Bantuan Pertahanan Awam Komuniti kepada Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di seluruh Parlimen Tumpat.

Kursus sehari itu diadakan di Dewan Tanjung Che Mas hari ini dari jam 9 pagi hingga 2 petang, disertai 80 orang daripada jawatankuasa JPKKP. 

Sebanyak tiga modul penting dijadikan sebagai pengisian kursus iaitu Pengurusan Bencana Banjir dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan asas menyelamat mangsa banjir serta kemahiran pasukan bantuan perubatan kecemasan.

Menurut Komander Pasukan CDERT Tumpat, Mejar Bersekutu (PA) Che Muhammad Redzuan Jihad, program itu julung kali diadakan melibatkan kepimpinan komuniti setempat terutama JPKKP kerana mengambil kira peranan semua ahli komuniti dalam menghadapi bencana banjir yang hampir setiap tahun berlaku di kawasan ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Hari ini juga dilancarkan secara rasmi Pasukan Bantuan Tindakan Cemas APM Parlimen Tumpat (CDERT) oleh Leftenan Kolonel (PA) Mohd Farid Ishak selaku pemangku Pengarah APM Negeri Kelantan.

“Pelancaran disempurnakan dengan pemakaian vest pasukan Civil Defence Auxiliary atau CDERT Tumpat oleh Leftenan Kolonel (PA) Mohd Farid dan sebagai simbolik tanda kesiapsiagaan pasukan untuk menghadapi bencana,” katanya.

Turut hadir, Leftenan (PA) Zuriati Mohd Noor selaku Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tumpat bersama anggota serta jurulatih APM yang lain.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *