Penyatuan Melayu Mesti Berteraskan Agenda Yang Jujur dan Mempertahankan Amanah Rakyat

KUALA LUMPUR – Gendang penyatuan Melayu sekali lagi dipalu oleh Pas dan UMNO dengan alasan untuk mengembalikan kuasa politik kepada orang Melayu.

Namun, kata Setiausaha Agung Parti Amanah, Faiz Fadzil, penyatuan tidak boleh dibina semata-mata atas keinginan untuk mendapatkan kuasa.

Kata beliau, kuasa ialah instrumen politik, sedangkan penyatuan Melayu mesti mempunyai agenda lebih besar iaitu mempertahankan maruah, kebajikan, kepentingan ekonomi dan masa depan orang Melayu.

“Sejarah kerjasama Pas dan UMNO, termasuk penyertaan Pas dalam Barisan Nasional (BN) pada 1974 serta pembentukan Muafakat Nasional (MN) pada 2019, seharusnya menjadi pengajaran.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Penyatuan tidak berteraskan prinsip kukuh akhirnya boleh bertukar menjadi percaturan kuasa dan konflik sesama sendiri, malah meninggalkan kesan buruk terhadap masyarakat Melayu melalui budaya takfiri, ekstremisme dan permusuhan politik.

“Amanah berpandangan penyatuan Melayu adalah agenda nasional yang mesti diperjuangkan bersama, tanpa mengira parti dan kecenderungan politik,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Faiz, penyatuan Melayu bukan hak eksklusif Pas atau UMNO, dan tidak seharusnya dijadikan slogan untuk menghalalkan apa sahaja percaturan politik.

Sebaliknya, penyatuan Melayu mesti berteraskan prinsip yang jujur, amanah dan bertanggungjawab, termasuk mempertahankan institusi yang diwujudkan untuk kepentingan orang Melayu serta umat Islam daripada disalahgunakan bagi kepentingan politik atau individu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam konteks ini, kata beliau, persoalan mengenai pengurusan dan tadbir urus Lembaga Tabung Haji (LTH) tidak boleh dipandang ringan.

Justeru, katanya, desakan Pas dan UMNO untuk menubuhkan satu lagi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berkaitan LTH perlu dilihat secara serius dan rasional.

“RCI telah pun dibentuk dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan dianggotai oleh individu yang diberikan amanah untuk meneliti perkara berkenaan secara bebas.

“Oleh itu, jika wujud persoalan terhadap dapatan RCI, ia hendaklah dikemukakan berdasarkan fakta, bukti dan saluran undang-undang yang sewajarnya.

“Menuntut penubuhan RCI kedua semata-mata kerana dapatan RCI terdahulu tidak selari dengan naratif politik sesebuah parti boleh menimbulkan persepsi institusi siasatan bebas hanya diterima apabila hasilnya memihak kepada kepentingan politik tertentu,” ujar beliau.

Menurut Faiz lagi, lebih membimbangkan skandal Tabung Haji telah mendedahkan kelemahan dalam tadbir urus sebuah institusi yang memegang amanah wang dan kepentingan jutaan pendeposit Islam.

Katanya, keputusan pelaburan bermasalah, kerugian besar serta kegagalan memenuhi piawaian pelaporan kewangan adalah perkara yang tidak boleh dipolitikkan atau dipandang sebelah mata.

“Tindakan pendakwaan terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan perkara tersebut pula adalah hasil siasatan bebas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Maka, proses undang-undang mesti dihormati dan diberikan ruang untuk berjalan tanpa tekanan politik,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *