Ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu – Polis

JOHOR BAHRU – Ancaman bom menerusi e-mel yang menyasarkan sebuah premis perniagaan di The Mall, Mid Valley Southkey, di sini, malam tadi, disahkan palsu selepas pemeriksaan polis tidak menemukan sebarang bahan letupan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arshad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pengurusan pusat beli-belah itu pada 11.31 malam sebelum Unit Pemusnah Bom (UPB) digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan UPB Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan bantuan UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di dalam dan luar bangunan.

“Beberapa objek mencurigakan ditemukan dan diperiksa pasukan UPB, namun tidak mengandungi sebarang bahan letupan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Tiada sebarang ancaman bom dikesan dan kawasan terbabit disahkan selamat sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ab Rahaman berkata, polis memandang serius setiap ancaman berkaitan bahan letupan dan tindakan segera akan diambil bagi menjamin keselamatan orang awam.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak disahkan bagi mengelakkan kekeliruan. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *