Pertemuan dengan Vijay masih dalam perancangan – PM Anwar

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rancangan untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay masih dalam perancangan dan perkara itu boleh diadakan sama ada di Putrajaya atau Chennai, Tamil Nadu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Thanthi TV, Anwar turut menolak spekulasi Chennai tidak memberikan maklum balas terhadap cadangan lawatan dari Malaysia itu.

Perdana Menteri yang kini berada di India, sepatutnya mengadakan lawatan kerja ke Chennai terlebih dahulu selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di sini, sebelum ke Keralam, satu lagi negeri di Selatan India.

Bagaimanapun, lawatan ke Chennai dibatalkan pada saat akhir.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Tidak benar Chennai tidak memberikan respons. Sejak awal, pejabat Ketua Menteri memaklumkan mereka cuba untuk menyelaras jadual Vijay kerana mempunyai komitmen terdahulu dan saya hanya mempunyai ruang masa yang singkat antara lawatan ke New Delhi, Keralam dan Maldives.

“Walaupun begitu, beliau cuba untuk menyesuaikan jadual dan mempunyai misi pelaburan serta program lain yang sudah dirancang. Maka, akhirnya saya memberitahu beliau, saya akan terus ke Keralam dan Maldives, saya tidak dapat meneruskan lawatan ke Tamil Nadu,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Oleh itu, kata beliau, hakikatnya ialah kedua-dua pihak cuba untuk menyelaraskan jadual masing-masing berikutan komitmen sebelum itu dan hubungan baik antara dua pihak kekal kukuh.

Dalam wawancara yang menyentuh pelbagai isu itu, Perdana Menteri turut memberikan penilaian terbuka terhadap Vijay, memuji momentum awal dan daya tarikannya dalam kalangan pengundi muda, sambil menggesa pendekatan jangka panjang terhadap kuasa yang berlandaskan nilai, kesabaran dan kebijaksanaan praktikal diutamakan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Anwar adalah antara pemimpin asing terawal yang mengucapkan tahniah kepada pelakon popular yang menceburi bidang politik itu atas pelantikannya sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu dan menyifatkan beliau sebagai “suara baharu untuk pemikiran rasional, prinsip dan tadbir urus yang baik”.

“Ketika saya bercakap dengannya (Vijay), saya sentiasa memberitahu cabaran apabila anda berada dalam tampuk kuasa ialah mengekalkan kebijaksanaan untuk mengemudi kerana dalam dunia sebenar, cabarannya akan berbeza daripada apa yang ingin anda lakukan,” kata beliau.

Anwar berkata, beliau juga tersentuh dengan pendekatan Vijay, terutama dalam kesungguhannya untuk melaksanakan pembaharuan, melakukan penambahbaikan serta menangani isu kemiskinan dan rasuah.

Perdana Menteri berkata, beliau berkongsi dengan Ketua Menteri itu misi berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah kerana mengekalkan tadbir urus yang baik memerlukan kebijaksanaan dalam menghadapi tekanan yang kompleks tanpa mengabaikan prinsip teras.

Kata Anwar, beliau turut berkongsi bukunya dengan pemimpin Tamil Nadu itu selepas perbualan yang mendalam, sambil menyatakan keterbukaan Vijay untuk belajar.

“Beliau mendengar,” kata Anwar, sambil menyatakan sifat itu mempunyai masa hadapan yang cerah.

Dalam wawancara itu juga, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan peradaban Tamil Nadu, daripada kejelasan moral Tirukkural kepada kuasa filem dalam mendidik, selain berpendapat pengaruh budaya Vijay mempunyai potensi diplomatik.

Bagi Malaysia, yang majoriti masyarakat India terdiri daripada kaum Tamil, populariti Vijay bukan sekadar sebagai seorang selebriti, tetapi juga satu peluang untuk mempererat hubungan antara rakyat kedua-dua negara. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *