Ritual kuda kepang: Tiga individu didakwa hari ini

JOHOR BAHRU – Tiga individu akan didakwa pada Sabtu susulan penularan sebuah video dipercayai berkaitan ritual yang dikaitkan dengan ajaran sesat di Parit Raja, Batu Pahat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ketiga-tiga mereka akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Syariah Batu Pahat.

“Video didakwa ‘show’ puja jin di Batu Pahat, tiga bakal dituduh di Mahkamah Syariah Batu Pahat hari ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada Jumaat, kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan serta mengambil tindakan penguatkuasaan segera terhadap pihak terbabit.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita berkumpul sambil melakukan ritual diiringi paluan gong dan alunan muzik.

Turut kelihatan dua lelaki seperti mengalami kerasukan, manakala peserta lain dipercayai sedang menyembah sesuatu, dengan aksi berkenaan disaksikan orang awam di lokasi terbuka.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *