Gempa bumi Segamat: Penduduk gusar rekahan tanah di kebun

SEGAMAT – Kemunculan rekahan tanah di kawasan kebun di bahagian belakang rumah yang dipercayai berpunca daripada gegaran gempa bumi menimbulkan kebimbangan seorang penduduk di Jalan Buloh Kasap, Batu 2 di sini.

Ramlah Ishak, 56, berkata kejadian itu dilihat semakin membimbangkan memandangkan kawasannya terkesan dengan semua insiden gegaran di daerah itu, termasuk yang terbaharu pada 7.29 pagi tadi.

“Pada dua minggu lepas saya nampak ada garis biasa dan kecil di tanah itu mungkin sebab cuaca panas.

“Tetapi apabila gegaran berlaku dalam seminggu ini saya lihat ada rekahan yang semakin ketara, posisinya pula di tengah-tengah laluan kebun dan ada sedikit di bahagian tepi. Ini yang buat saya rasa tidak sedap hati,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau yang mempunyai pengalaman 20 tahun sebagai pelukis pelan berharap tiada lagi gempa bumi susulan berlaku kerana khuatir keselamatannya.

“Jika berlaku lagi dan rekahan semakin besar, saya rasa agensi berkaitan harus mengambil tindakan lanjut untuk membuat penilaian dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Ramlah berkata meskipun gegaran pagi tadi hanya pada 2.7 skala Ritcher, namun impaknya hampir menyamai gegaran pertama pada 24 Ogos lepas.

“Bumbung rasa bergegar, bunyi gegaran pula seakan guruh,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Setakat ini lima gegaran telah direkodkan di Segamat pada 6.13 pagi, 24 Ogos dengan 4.1 pada skala Richter; 8.59 pagi, Rabu (3.2); 7.56 malam, Khamis (2.5); 4.24 pagi semalam (3.4) dan 7.29 pagi tadi (2.7). – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *