Nunez jadi rebutan kelab Eropah

MILAN: AC Milan turut serta dalam perebutan mendapatkan penyerang Liverpool, Darwin Nunez, yang dijangka meninggalkan Anfield pada musim panas ini selepas hanya membuat lapan penampilan dalam kesebelasan utama musim lalu.

Penyerang Uruguay itu sebelum ini menarik minat Napoli kendalian Antonio Conte, namun rundingan dengan Liverpool berakhir buntu selepas kedua-dua kelab gagal mencapai persetujuan berkenaan harga. Napoli kemudiannya memilih untuk menandatangani penyerang Udinese, Lorenzo Lucca.

Kini, menurut Sky Sports Itali, Milan sudah menghubungi wakil Nunez bagi membincangkan potensi perpindahan ke San Siro di bawah kendalian semula Massimiliano Allegri.

Nunez turut menarik minat kelab Arab Saudi, Al-Hilal, namun Milan difahamkan menjadikannya sasaran utama, mengatasi pilihan lain seperti Dusan Vlahovic (Juventus), Rasmus Hojlund (Manchester United), dan Arnaud Kalimuendo (Rennes).

Penjualan Nunez, hanya dua tahun selepas perpindahan bernilai 85 juta pound (RM483 juta) dari Benfica, dijangka membantu Liverpool menampung bidaan untuk mendapatkan bintang Newcastle United, Alexander Isak.

The Reds sebelum ini sudah memperkuat skuad dengan kehadiran Florian Wirtz, Milos Kerkez, Jeremie Frimpong dan Hugo Ekitike, dan pada Jumaat lalu mengemukakan tawaran rasmi bernilai 110 juta pound (RM621 juta) untuk Isak.

Bagaimanapun, Newcastle menolak bidaan itu kerana menganggapnya terlalu rendah. Sumber menyebut Liverpool sedang merancang untuk mengemukakan tawaran kedua dalam masa terdekat.

Musim baharu Liga Perdana Inggeris dijadual bermula dua minggu lagi, dengan Liverpool bakal menentang Bournemouth pada 15 Ogos. – AGENSI

Telegram:https://t.me/nasionaldaily

Facebook:https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok:https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan:admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *