Fernandes patut terima tawaran Al-Hilal

MANCHESTER: Manchester United mungkin terlepas peluang kedua untuk membuat keputusan yang tepat – menjual Bruno Fernandes.

Bagaimanapun kebimbangan terhadap kestabilan pasukan yang sedang dipulihkan Ruben Amorim – ditambah pula dengan sentimen penyokong – dijangka mendorong kelab ‘mengelak’ daripada membuat keputusan besar itu.

Fernandes bukan sekadar kapten Manchester United. Dia juga pemain terbaik kelab dan menjadi pemimpin dalam bilik persalinan.

Tidak hairan ramai penyokong dan rakan sepasukan meraikan keputusannya menolak tawaran lumayan 60 juta pound (RM339 juta) setahun daripada Al-Hilal pada Jun lalu, sebaliknya memilih untuk kekal di Old Trafford.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Namun, selepas Amorim membelanjakan 127.5 juta pound (RM720 juta) untuk membawa masuk dua pemain yang akan mengisi posisi terbaik Fernandes, pemain berusia 30 tahun itu kini terpaksa beraksi lebih ke bawah – satu peranan yang tidak sesuai dengan kekuatannya.

Jika dia berpindah ke kelab Arab Saudi, Al-Nassr, ia mungkin memberi ruang buat Amorim memperkukuh lagi fasa pembinaan semula pasukan.

Hakikatnya, penjualan Fernandes mungkin lebih baik untuk semua pihak sekiranya perpindahan itu berlaku lebih awal musim panas ini, ketika Al-Hilal mengemukakan tawaran 100 juta pound (RM565 juta).

Berbeza dengan Manchester City atau Liverpool yang tidak teragak-agak membuat keputusan komersial dan taktikal seperti itu, United sering kali dilihat tidak cukup berani.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Fernandes menampilkan aksi cemerlang ketika perlawanan sulung Siri Musim Panas Liga Perdana Inggeris menentang West Ham di New Jersey minggu lalu – menjaringkan gol pembukaan menerusi penalti minit kelima, sebelum meledak satu lagi gol dan bergandingan baik dengan Matheus Cunha, pemain baharu bernilai 62.5 juta pound (RM353 juta).

Di sebalik tabir, Fernandes turut memainkan peranan penting dalam menyatukan pasukan. Dia dan Harry Maguire dilihat sebagai pemimpin utama yang menjadi penghubung antara pemain dan kakitangan kelab.

Dengan ketibaan Cunha dan Bryan Mbeumo serta sasaran untuk mendapatkan Benjamin Sesko dari RB Leipzig, jelas Amorim mahu membentuk trio serangan baharu bernilai lebih 200 juta pound (RM1.13 bilion).

Itu bermakna Fernandes perlu kekal di posisi tengah bertahan dalam sistem 3-4-2-1 yang diterapkan Amorim – satu peranan yang menuntut disiplin bertahan dan tidak selari dengan naluri menyerang semula jadi Fernandes.

Namun realitinya, jika United menerima tawaran 100 juta pound dari Al-Hilal – atau lebih tinggi daripada Al-Nassr – mereka boleh menggantikan Fernandes dengan pemain tengah yang lebih defensif. – AGENSI

Telegram:https://t.me/nasionaldaily

Facebook:https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok:https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan:admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *