Himpunan pembangkang: Takiyuddin mahu program berlangsung aman

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengingatkan peserta himpunan pembangkang hari ini agar mematuhi garis panduan ditetapkan dan memastikan perhimpunan berlangsung aman serta tertib.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu mengingatkan demikian ketika singgah memberi taklimat ringkas kepada peserta yang berkumpul di hadapan kompleks beli-belah Sogo, di sini.

Takiyuddin tiba sekitar jam 11 pagi dan sempat berinteraksi bersama peserta sebelum bergerak ke lokasi utama perhimpunan di Dataran Merdeka.

“Kita pastikan perhimpunan berlangsung dengan aman. Kalau nampak sesiapa yang lakukan kesalahan seperti cetus provokasi, kita tangkap dan serah kepada polis,” katanya.

Peserta berterima kasih kepada polis

Sementara itu, peserta himpunan yang berkumpul di sekitar Sogo berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kawalan keselamatan yang diberikan sepanjang perhimpunan berlangsung.

Tinjauan mendapati suasana perhimpunan ketika ini masih aman dengan kehadiran anggota polis yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik, termasuk pemantauan menerusi dron dari udara.

Dalam pada itu, penganjur himpunan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad menggunakan pembesar suara memaklumkan kepada peserta untuk bersedia bergerak ke Dataran Merdeka pada jam 1 tengah hari.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *