Akmal nafi dakwaan Pemuda Umno ejen PN, setia kepada parti

Pemuda UMNO dibentuk untuk berdepan ujian, bukan menyerah – Dr Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menegaskan, perjuangan sayap parti itu tidak pernah menjanjikan laluan mudah, sebaliknya dibentuk melalui keberanian, kesetiaan dan keteguhan prinsip ketika berdepan pelbagai ujian.

Beliau berkata, perjalanan Pemuda UMNO selama ini menyaksikan suara mereka disalahertikan, langkah dipersoalkan dan kesetiaan diuji, namun semua cabaran itu menjadi proses yang membentuk jati diri generasi muda parti.

“Pemuda tidak dibesarkan oleh kesenangan. Pemuda dibentuk oleh keberanian untuk terus berdiri ketika yang lain memilih berdiam, dan hidup atas kesetiaan untuk terus bertahan ketika perjuangan tidak lagi menjanjikan pujian,” katanya dalam kenyataan sempena ulang tahun ke-77 Pemuda UMNO Malaysia.

Dr. Akmal berkata, kekuatan sesebuah bangsa turut dapat dinilai melalui sikap dan pendirian generasi mudanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut beliau, bangsa yang mempunyai anak muda dengan prinsip teguh, keberanian untuk bertindak dan kesetiaan yang utuh masih mempunyai masa depan.

“Jika mahu melihat kekuatan sesebuah bangsa, lihatlah kepada anak mudanya. Jika teguh prinsip mereka, jika berani langkah mereka dan jika utuh kesetiaan mereka, maka bangsa itu masih punya masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang 77 tahun kewujudannya, Pemuda UMNO bukan sekadar berperanan meneruskan kelangsungan parti, tetapi turut menjadi penggerak kepada perjuangan yang dibawa parti berkenaan.

“Selama 77 tahun, Pemuda UMNO tidak sekadar menjadi penyambung usia parti. Kita ialah penyambung nyawa sebuah perjuangan,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sehubungan itu, Akmal mengingatkan anggota Pemuda UMNO supaya tidak hanya mewarisi nama dan sejarah perjuangan terdahulu, sebaliknya turut mewarisi keberanian untuk memikul serta mempertahankannya.

Beliau berkata, walaupun perjalanan perjuangan tidak pernah mudah, Pemuda UMNO tidak seharusnya dibentuk oleh budaya menyerah kalah.

“Perjalanan ini mungkin tidak pernah mudah tetapi kita juga tidak pernah dibentuk untuk menyerah,” katanya ketika mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke-77 kepada seluruh anggota Pemuda UMNO Malaysia.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *