ransaksi wang ke akaun Maybank Sinar Karangkraf adalah sah

“Sakau-sakau-sakau” PMX kini dipersoal bekas Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR – Naratif ‘sakau’ yang berulang kali digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyerang isu pengurusan Tabung Haji (TH) kini berdepan persoalan baharu selepas bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad tampil menjelaskan beliau tidak pernah menemui bukti kecurian atau penyelewengan dalam audit TH 2017.

Lebih menarik, Madinah sendiri mengakui beliau tidak faham apa erti ‘sakau’ dalam konteks yang dibangkitkan mengenai TH, sambil menegaskan tugas Jabatan Audit Negara dilaksanakan berdasarkan piawaian dan bukti pengauditan.

Pendedahan itu sekali gus membuka persoalan besar terhadap naratif politik yang sebelum ini mengaitkan pengurusan TH dengan istilah ‘sakau’.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, penjelasan Madinah amat signifikan kerana beliau merupakan Ketua Audit Negara ketika tempoh berkenaan dan antara pihak yang bertanggungjawab meneliti serta menandatangani sijil audit TH.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Semasa saya Ketua Audit Negara, saya tidak nampak atau temui apa-apa bukti kecurian atau penyelewengan. Kalau ada, pastinya saya sudah laporkan,” kata Madinah seperti dilaporkan media.

Menurut Wan Saiful, kenyataan itu menimbulkan persoalan sama ada istilah “sakau-sakau-sakau” yang digunakan Anwar di pentas politik mempunyai asas yang sama dengan dapatan audit ketika itu atau sekadar membentuk persepsi terhadap pengurusan TH.

Beliau berkata, Anwar sebelum ini bukan sekadar menggunakan istilah tersebut secara sepintas lalu, sebaliknya mengaitkannya dengan dakwaan kehilangan wang dalam TH.

“Persoalannya sekarang, apabila orang yang bertanggungjawab mengaudit akaun TH tampil dan berkata beliau tidak menemui bukti kecurian atau penyelewengan, atas asas apakah istilah ‘sakau’ itu digunakan berulang kali untuk menggambarkan isu Tabung Haji?” soal beliau.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Wan Saiful turut mempersoalkan ketidakhadiran Anwar pada Sidang Khas Dewan Rakyat berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji sebelum ini.

Menurutnya, alasan berkaitan pembedahan yang diberikan Perdana Menteri tidak menjawab persoalan lebih besar iaitu mengapa beliau tidak hadir untuk mempertahankan sendiri dakwaan yang pernah dibuatnya di hadapan Dewan Rakyat.

“Adakah PMX takut hadir ke Dewan Rakyat kerana apabila berdepan dengan dokumen, laporan audit dan soalan secara langsung, beliau tidak dapat membuktikan ‘sakau’ yang dilaungkannya?” katanya.

Wan Saiful berkata, perkembangan terbaru itu juga menimbulkan persoalan terhadap cara dapatan berkaitan TH dipersembahkan kepada rakyat.

Madinah sebelum ini turut menyatakan sekiranya pasukan audit menemui bukti kecurian atau penyelewengan, beliau akan mengetengahkan dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, polemik itu kini tidak lagi sekadar berkisar pada penggunaan perkataan ‘sakau’.

Laporan RCI TH setebal 211 halaman yang didedahkan pada Julai lalu turut membangkitkan isu berkaitan pengurusan, operasi, pelaburan dan pelaporan kewangan TH, termasuk persoalan mengenai pemberian Sijil Audit Bersih bagi beberapa tahun kewangan.

Justeru, kata Wan Saiful, rakyat wajar diberi ruang untuk menilai sendiri percanggahan antara apa yang dikatakan di pentas politik dengan apa yang direkodkan melalui proses pengauditan.

“Rakyat tidak sepatutnya dipaksa menerima sesuatu persepsi hanya kerana ia diulang berkali-kali.

“Kalau benar berlaku ‘sakau’, tunjukkan bukti. Kalau tiada bukti kecurian atau penyelewengan dalam audit yang diketuai Ketua Audit Negara ketika itu, maka rakyat berhak bertanya: siapa sebenarnya yang mencipta naratif ‘sakau’ itu dan atas asas apa?” katanya.

Wan Saiful pada masa sama menyokong cadangan supaya Jabatan Audit Negara diletakkan di bawah Parlimen bagi memperkukuh kebebasan institusi berkenaan.

Katanya, institusi audit yang benar-benar bebas penting supaya dapatan audit tidak boleh dipolitikkan oleh mana-mana pihak, sama ada kerajaan mahupun pembangkang.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *