Muhyiddin ingatkan peserta himpunan jangan cetus provokasi, jaga adab

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengingatkan peserta tidak mencetuskan provokasi dan mengganggu ketenteraman awam pada perhimpunan di Dataran Merdeka, esok.

Bekas perdana menteri meminta peserta perhimpunan menjaga adab dan tatasusila serta patuh kepada undang-undang sepanjang perhimpunan dijadual bermula 2 petang.

Beliau juga memaklumkan akan turun pada himpunan itu bersama rakan pimpinan PN lain.

“Menyertai perhimpunan aman adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalangnya. Justeru, jaga dan peliharalah hak ini dengan sebaik-baiknya,” katanya dalam kenyataan.

Pembangkang menyasarkan 300,000 menyertai himpunan itu dengan empat lokasi berhimpun iaitu Sogo, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Pasar Seni.

Peserta dijangka berarak seawal 11 pagi dan diminta hadir memakai baju berwarna hitam.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *