3 ditahan berkait kes larikan lelaki kerana ‘hutang’

PETALING JAYA – Tiga individu ditahan polis untuk disiasat berhubung kes melarikan seorang lelaki dengan lori berikutan pergaduhan di Jalan Persiaran Puchong Permai, Selasa lalu.

Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata, lelaki berusia antara 18 dan 19 tahun itu ditahan pada 10 malam semalam.

“Semua lelaki warga tempatan itu ditahan di sekitar Hulu Selangor dan Puchong.

“Penahanan itu membawa kepada rampasan pakaian dan telefon bimbit mangsa. Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pagi ini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam rakaman tular baru-baru ini, seorang lelaki dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki apabila disumbat ke dalam sebuah lori susulan pergaduhan yang berlaku.

Polis berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *