Perdaya warga emas kahwin warga asing

KUALA LUMPUR – Sindiket mengeksploitasi warga emas yang hendak berkahwin dengan warga asing tumpas berikutan penahanan lima individu dalam operasi khas di sekitar Putrajaya di sini, Khamis lalu.

Kegiatan sindiket itu dibongkar menerusi serbuan oleh pasukan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Putrajaya pada jam 9.19 pagi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan dilakukan hasil risikan selama dua minggu.

“Pasukan berjaya menahan empat lelaki tempatan dipercayai dalang utama dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai berperanan sebagai orang tengah berusia 30 hingga 66 tahun.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Hasil serbuan, pasukan merampas enam pasport Malaysia, pasport China (22); pasport Bangladesh (tujuh), pasport Indonesia (tiga), pasport Vietnam (dua) dan masing-masing satu pasport Myanmar serta Macau.

“Pasukan turut merampas sebuah komputer riba, dua mesin pencetak, 26 fail berisi dokumen JIM dan dokumen Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta wang tunai berjumlah RM3,070 yang dipercayai hasil kegiatan sindiket,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Zakaria berkata, JIM turut menyita kenderaan iaitu Perodua Beza dan Honda CRV yang dipercayai digunakan oleh sindiket berkenaan.

Menurutnya, siasatan mendapati sindiket terbabit menawarkan perkhidmatan imigresen iaitu permohonan ‘isteri kepada warganegara tempatan’ selain turut menawarkan perkhidmatan JPN iaitu permohonan ‘perkahwinan warganegara tempatan dengan warga asing’.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Sindiket menyasarkan warga emas tempatan yang berada di Lembah Klang dan ingin berkahwin dengan warga asing.

“Kadar bayaran dikenakan adalah sebanyak RM50 hingga RM500 untuk setiap permohonan yang ditawarkan,” katanya.

Menurutnya, sindiket berkenaan dipercayai sudah beroperasi sejak setahun lalu.

Katanya, siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *