96 sekolah sertai Kejohanan Piala Dato’ Mokhtar Dahari, RMS 2025

SHAH ALAM – Sebanyak 96 sekolah rendah dan menengah seluruh Selangor akan menyertai Kejohanan Piala Dato’ Mokhtar Dahari dan Piala Raja Muda Selangor (RMS) 2025, yang berlangsung secara berperingkat, bermula Oktober.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Datuk Emran Kadir berkata kejohanan itu, melibatkan masing-masing 32 pasukan bagi Piala Dato’ Mokhtar Dahari bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun, serta bawah 12 tahun untuk Piala RMS.

Beliau berkata kejohanan dicetuskan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah itu, bertujuan menjadi platform pencarian bakat serta pelapis bola sepak peringkat akar umbi.

“Hasrat baginda agar kejohanan ini melahirkan seramai mungkin bakat bukan sahaja untuk Selangor tetapi juga negara.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Pemain yang mempamerkan aksi cemerlang pada kejohanan sebelum ini, ada diterima masuk ke Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari,” katanya pada sidang media kejohanan di sini semalam.

Emran berkata kejohanan tahunan itu mengikut jadual disusun Jabatan Pendidikan Selangor, supaya tidak mengganggu pembelajaran peserta khususnya mereka yang akan menduduki peperiksaan.

Setiap pasukan juga diberikan tajaan untuk menampung perbelanjaan pengangkutan, jersi dan keperluan lain.

Pada tahun ini, Emran berkata kejohanan itu menerima tajaan lebih RM300,000 melibatkan dua anak syarikat kerajaan Selangor sebagai penaja utama, selain pihak swasta dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Juara Piala Dato’ Mokhtar Dahari bawah 18 tahun akan menerima RM10,000, manakala johan kategori bawah 15 tahun membawa pulang RM8,000 dan hadiah RM5,000 kepada Juara Piala RMS, selain pemenang setiap kategori turut menerima medal. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001 atau 010-8942252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *