Ribut petir landa lima negeri petang ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang bakal melanda di lima negeri sehingga pukul 4 petang hari ini.

Menerusi kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk itu diramal berlaku di kawasan Perak iaitu daerah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim.

“Di Terengganu, cuaca sama dijangka berlaku di Dungun dan Kemaman, manakala Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Kuantan,” katanya.

MetMalaysia berkata, cuaca buruk itu juga dijangka tertumpu di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor, manakala di Negeri Sembilan (Jelebu dan Kuala Pilah).

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Orang ramai diingati untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di luar rumah semasa ribut petir melanda. 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *