Kebakaran gas Putra Heights: JTK terima aduan mangsa diarah ambil cuti tanpa gaji

SUBANG JAYA – Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengenal pasti seramai 54 pekerja daripada 51 majikan yang terkesan akibat insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, baru-baru ini.

Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan JTK Selangor, Mohammad Rifaee Mohammad Salleh berkata, daripada jumlah tersebut, hanya tiga pekerja diberikan cuti bencana, manakala 23 lagi diberi cuti ehsan.

“Selain itu, kami turut menerima tiga aduan melibatkan cuti tanpa gaji, dua cuti sakit dan 15 cuti dengan izin,” katanya kepada Astro AWANI di sini pada Khamis.

Menjelaskan lanjut, Mohammad Rifaee berkata, cuti tanpa gaji diberikan kepada pekerja yang kehabisan cuti tahunan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagaimanapun, menurutnya, Mohammad Rifaee, JTK memberi khidmat nasihat kepada pekerja terjejas bagi membantu mereka berunding dengan majikan masing-masing, khususnya dalam mendapatkan penyelesaian seperti penjadualan kerja yang lebih fleksibel.

“Ada dalam kalangan kes yang kami sendiri telah menghubungi majikan terlibat bagi membantu menyelesaikan isu pekerja,” ujarnya lagi.

Orang ramai, termasuk mangsa yang ingin membuat aduan, boleh berbuat demikian melalui platform rasmi Working For Workers (WFW) Kementerian Sumber Manusia, di pautan https://www.workforworkers.com.my/.

Sementara itu, seorang mangsa kebakaran, Mohd Hanif Mohd Ghazali yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights, memaklumkan beliau diberikan cuti bergaji sehingga Isnin depan hasil perbincangan antara majikannya dan JTK.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Berkongsi pengalaman, Mohd Hanif berkata beliau mengalami kerugian kira-kira RM200,000 selepas rumah sewanya musnah sepenuhnya dalam kejadian tersebut.

“Empat buah motosikal dan sebuah kereta rosak teruk, selain barangan rumah yang turut musnah. Semuanya habis. Saya masih trauma dengan apa yang berlaku,” katanya.

Beliau turut memaklumkan sudah mendapatkan rumah sewa baharu di Bukit Lanchong, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Namun, bantuan RM10,000 yang diberikan kepada mangsa masih belum diterima dan saya dimaklumkan bahawa nama saya tercicir daripada senarai penerima. Tapi saya difahamkan unit penyelerasan sedang berusaha mendapatkan bantuan itu,” tambahnya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *