PM Anwar beri jaminan Malaysia tidak akan alami kemelesetan meskipun tarif AS

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan buat masa ini meskipun pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) memandangkan ekonomi negara yang kekal berdaya tahan.

Perdana Menteri juga menegaskan, Malaysia tidak akan memperkenalkan tarif tindak balas terhadap AS.

“Jika tarif 24 peratus itu dilaksanakan, dari perspektif ekonomi, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 sebanyak 4.5 – 5.5 peratus perlu disemak semula.

“Bagaimanapun, buat masa ini, saya beri jaminan bahawa kerajaan tidak menjangkakan kemelesetan di Malaysia,” katanya menerusi hantaran video yang menyentuh mengenai tarif AS.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata asas makroekonomi negara masih kekal kukuh. — BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *