Polis buka kertas siasatan terhadap pemilik Facebook ‘Muhamad Harun’

BERA – Polis telah membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun Facebook bernama ‘Muhamad Harun’ susulan satu hantaran berunsur fitnah terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, siasatan dijalankan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, siasatan dilakukan selepas pemilik akaun tersebut memuat naik satu hantaran di laman Facebook Bera Unite pada 29 Mac lalu mendakwa anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) tidak mengambil tindakan terhadap dua individu berbangsa Cina yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

“Dakwanya, pihak polis hanya menahan dua penunggang berbangsa Melayu sehingga mereka terpaksa menolak motosikal ke balai polis.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Hantaran tersebut turut mempersoalkan sama ada undang-undang hanya dikenakan ke atas masyarakat Melayu serta mendakwa kejadian seumpama itu sering berlaku di Triang di sini,” katanya.

Zulkiflee berkata, hantaran tersebut disifatkan sebagai usaha menjatuhkan imej PDRM khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pemilik akaun ‘Muhamad Harun’ agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Zulhilmi Ishak, di talian 014-2250306 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Pada 30 Mac lalu, Zulkiflee telah mengeluarkan kenyataan meminta ‘Muhamad Harun’ segera hadir ke IPD Bera atau mana-mana balai polis berhampiran untuk memberikan maklumat lebih lanjut bagi membantu siasatan berhubung hantaran itu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *