Dua pelajar sekolah pondok maut kereta dinaiki terbabas

KUANTAN – Dua penuntut sekolah pondok maut manakala seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok ketika melalui selekoh Jalan Jengka 23, Bandar Pusat Jengka semalam.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata kemalangan kira-kira 1.20 tengah hari itu menyebabkan penumpang belakang kenderaan itu, Mohd Rahinuddin Ibrahim, 55, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang hadapan, Abd Aziz Othman, 73, di Hospital Temerloh.

Beliau berkata pemandu kereta jenis Perodua Myvi itu, Jamaluddin Md Adam, 74, yang juga guru sekolah pondok mengalami sakit pada bahagian dada dan kini dirawat di Hospital Jengka.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta itu yang dalam perjalanan dari Pondok Haji Bakri, Chenor menghala ke Jengka 21 telah hilang kawalan lalu terbabas ke dalam cerun di sebelah kanan dan melanggar pokok,” katanya dalam kenyataan semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Wong berkata kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *