KUALA LUMPUR – MClean Technologies Berhad (MClean) penyedia penyelesaian pembersihan dan rawatan permukaan yang mantap, mengumumkan penstrukturan pegangan saham anak syarikat milinkya, DWZ Industries Sdn. Bhd. (DWZ).
MClean yang menguasi 55 peratus pegangan saham di dalam DWZ, mengumumKAN penstrukturan baharu itu berikutan perjanjian jualbeli antara Decor Industries Pte Ltd (Decor) dan DufuTechnology Corp. Berhad (Dufu), di mana Decor akan menjual 25 peratus kepentingan dalam DWZ kepada Dufu.
Selesai penstrukturan ini pegangan MClean di dalam DWZ kekal tidak berubah pada 55 peratus manakala Dufu akan menjadi pemegang saham baharu dengan pegangan 25 peratus, dan pegangan saham Decor akan dikurangkan kepada 20 peratus daripada 45 peratus sebelumnya.
DWZ terutamanya terlibat dalam rawatan permukaan dan kemasan bahagian logam, segmen utama yang melengkapkan perniagaan teras MClean Technologies dalam penyelesaian pembersihan dan rawatan ketepatan.
Penglibatan Dufu, sebuah syarikat terkemuka dalam sektor teknologi dan kejuruteraan, dijangka meningkatkan lagi potensi pertumbuhan DWZ melalui kerjasama strategik dan sinergi operasi.
Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif MClean Technologies, Dato Dr. Terence Tea Yeok Kian berkata, pihaknyamengalu-alukan Dufu sebagai pemegang saham baharu dalam DWZ.
“Kehadiran mereka akan membawa kepakaran tambahan dan nilai strategik kepada perniagaan, mungkin menjana potensi pertumbuhan sekitar 15 peratus dalam jangka pendek, dan lebih banyak lagi dalam jangka panjang,” katanya.
Beliau menambah perkongsian ini mencerminkan komitmen MClean untuk mengembangkan keupayaan syarikat dan memanfaatkan kerjasama strategik untuk membuka peluang pertumbuhan baharu.
Dengan keuntungan mampan dan pengembangan MClean dalam acuan suntikan plastik, beliau yakin dengan trajektori pertumbuhan masa depan MClean Technologies dan keupayaan untuk menyampaikan nilai jangka panjang kepada para pemegang saham syarikat, tambahnya. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001