TDM sahkan pegawai ditahan, pemeriksaan stor senjata dapati tiada kehilangan

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan seorang pegawainya kini ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung penemuan senjata api, peluru dan cecair disyaki bahan terlarang.

Pegawai berkenaan ditahan di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada 28 September lalu.

Dalam kenyataan hari ini, TDM memaklumkan pegawai itu ditemukan bersama sepucuk senjata api, sejumlah peluru serta cecair yang disyaki mengandungi bahan terlarang.

Saringan awal air kencing terhadap pegawai berkenaan pula didapati positif Mitragynine.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagaimanapun, TDM berkata keputusan saringan itu masih tertakluk kepada pengesahan lanjut menerusi analisis makmal serta siasatan pihak berkuasa.

Susulan penahanan tersebut, TDM segera menjalankan pemeriksaan terhadap semua stor senjata dan stor peluru di bawah kawalannya bagi memastikan aspek keselamatan serta rekod inventori berada dalam keadaan teratur.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua senjata dan peluru adalah lengkap, mencukupi serta tiada sebarang kehilangan direkodkan,” menurut kenyataan itu.

TDM menegaskan pihaknya memandang serius sebarang kejadian yang membabitkan anggota atau pegawai tentera, khususnya perkara berkaitan disiplin, keselamatan dan pematuhan terhadap peraturan serta prosedur yang ditetapkan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurutnya, TDM akan memberikan kerjasama penuh kepada PDRM dan pihak berkuasa berkaitan sepanjang proses siasatan dijalankan.

TDM turut memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya hasil siasatan mengesahkan berlaku sebarang pelanggaran peraturan atau undang-undang.

Dalam pada itu, TDM menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal berhubung kes berkenaan.

Katanya, sebarang perkembangan dan kesimpulan hendaklah berdasarkan fakta serta hasil siasatan rasmi pihak berkuasa, bukannya maklumat yang belum disahkan.

“TDM menyeru semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang boleh mengelirukan orang ramai atau menjejaskan proses siasatan yang sedang berjalan,” menurut kenyataan berkenaan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *