Sultan Pahang lawat keluarga wanita ditemukan meninggal dunia di Jambatan Tanjung Lumpur

Sultan Pahang lawat keluarga wanita ditemukan meninggal dunia di Jambatan Tanjung Lumpur

14/02/2025:

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini bagi melawat keluarga wanita yang ditemukan meninggal dunia disyaki mati dibunuh di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis.

Baginda turut kelihatan menenangkan Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31, suami kepada mangsa, Allahyarham Norshamira Zainal, 37.

Semalam mayat Norshamira ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur.



📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Siasatan lanjut pihak polis bersama pakar patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh wanita itu.



Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dalam satu kenyataan memaklumkan, identiti suspek sudah dikenal pasti dan kini pihak polis sedang giat mengesan lelaki berusia 37 tahun itu yang menetap di sekitar daerah ini bagi membantu siasatan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *