Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook

Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memandang serius dan kesal terhadap penyebaran maklumat palsu dan mengelirukan yang tular di media sosial, khususnya melalui akaun palsu AGC di platform Facebook.

Jabatan itu menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama ‘Putrajaya AGC’ tersebut.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tersebut, sentiasa berhati-hati, dan tidak mudah terperdaya dengan tawaran yang dibuat oleh akaun palsu berkenaan,” menurut hantaran tersebut.

AGC turut memuat naik beberapa tangkap layar akaun palsu itu yang menggunakan gambar profil jata negara dan tawaran perkhidmatan palsu di Facebook berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Orang ramai boleh mengikuti Facebook rasmi Jabatan Peguam Negara di pautan https://www.facebook.com/profile.php?id=100064838618925. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *