Israel sahkan lancar serangan ke atas Iran

Israel sahkan lancar serangan ke atas Iran

TEL AVIV – Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengakui sedang “melakukan serangan tepat ke atas sasaran tentera di Iran,” kata jurucakapnya, Daniel Hagari dalam kenyataan yang dikeluarkan susulan laporan letupan yang kedengaran di Tehran.

IDF mendakwa, serangan itu sebagai tindak balas terhadap Iran yang “tidak henti-henti menyerang” Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.

“Seperti setiap negara berdaulat lain di dunia, Israel mempunyai hak dan kewajipan untuk bertindak balas,” tambah Hagari.

IDF juga memberi amaran bahawa “keupayaan pertahanan dan serangannya digerakkan sepenuhnya di Iran.” – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *