Turkiye ucap selamat tinggal kepada syuhada serangan pengganas dalam pengebumian rasmi

Turkiye ucap selamat tinggal kepada syuhada serangan pengganas dalam pengebumian rasmi

ANKARA – Mangsa syahid dalam serangan pengganas di ibu pejabat Turkish Aerospace Industries (TAI) di daerah Kahramankazan Ankara, dikebumikan dengan sebak pada Khamis.

Menurut Agensi Anadolu, jenazah pekerja TAI Zahide Guclu Ekici, Hasan Huseyin Canbaz dan Cengiz Coskun, yang syahid dalam serangan pengganas di TAI, dibawa ke Masjid Karsiyaka Ahmet Efendi.

Selain keluarga para syuhada, upacara pengebumian itu yang diadakan pada sebelah petang, turut dihadiri Speaker Perhimpunan Kebangsaan Besar Turkiye, Numan Kurtulmus serta pegawai politik, tentera dan birokrasi.

Solat jenazah para syuhada diketuai ketua Direktorat Hal Ehwal Agama Turkiye, Ali Erbas.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Selepas solat, jenazah para syuhada Ekici, Canbaz dan Coskun dikebumikan di Tanah Perkuburan Karsiyaka.

Keluarga para syuhada menerima ucapan takziah.

Satu letupan dan tembakan kedengaran pada Rabu di kemudahan TAI di daerah Kahramankazan Ankara.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya berkata lima orang maut dan 22 yang lain cedera dalam serangan itu, manakala dua pengganas yang menyerang kemudahan itu turut terkorban.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Yerlikaya mengumumkan pengganas yang melakukan serangan itu dikenal pasti sebagai ahli kumpulan PKK.

Dalam kempen keganasan lebih 40 tahun terhadap Turkiye, PKK – disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turkiye, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah – bertanggungjawab atas kematian 40,000 orang. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *