Leverkusen menang tipis ke atas Milan

Leverkusen menang tipis ke atas Milan

LEVERKUSEN – Pengendali Bayer Leverkusen, Xabi Alonso memuji persembahan anak buahnya yang menewaskan AC Milan 1-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Leverkusen mengumpul enam mata penuh selepas kemenangan 4-0 pada perlawanan pertama menentang Feyenoord, tetapi gagal menambah jaringan selepas mendahului Milan dan Alonso mengakui faktor keletihan ketika seri 1-1 menentang Bayern Munich pada Sabtu memberi kesan kepada pasukannya.

“Saya rasa ia sesuatu yang bagus kerana bola sepak Jerman adalah kompetitif. Ia juga berita baik buat kami kerana memperoleh keputusan ini menentang Milan.

“60 minit pertama kami beraksi baik tetapi akhirnya keletihan selepas aksi Bayern mula memberi kesan.

“Kami menunjukkan semangat dan karakter, tiga mata ini sangat baik. Dalam Liga Juara-Juara anda perlu tahu bagaimana untuk menderita dan berjuang, bukan hanya bermain baik,” kata Alonso.

Leverkusen mempunyai beberapa peluang di babak pertama tetapi gagal diterjemahkan untuk jaringan dan Milan terus bertahan sehingga rehat.

Victo Boniface akhirnya memecah kebuntuan di awal babak kedua, dan Leverkusen terus mempertahankan kelebihan walaupun diasak Milan. – REUTERS

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *