Makhluk ganjil didakwa ‘skinwalker’ berjalan waktu malam

Makhluk ganjil didakwa ‘skinwalker’ berjalan waktu malam

WASHINGTON –   Pegawai-pegawai hidupan liar kebingungan apabila melhat imej makhluk misteri yang berjalan berhampiran komuniti luar bandar di Texas pada waktu malam, lapor portal berita MailOnline.

Video hitam-putih itu dirakam menggunakan kamera di luar Dublin, timur laut Dallas.

Ia menunjukkan sejenis makhluk ganjil berjalan menggunakan empat kaki berlainan saiz dan mempunyai bonggol  di belakang badannya.

Seorang penduduk.setempat,  Michael ‘Dumas’ Demel, 49, menunjukkan gambar makhluk itu kepada rakan, anggota keluarga dan jirannya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Michael berkata, makhluk ganjil itu mungkin chupacabra iaitu kambing penghisap darah.

Jabatan Taman dan Hidupan Liar Texas memberitahu Michael bahawa disebabkan kualiti imejnya,  adalah sukar untuk mengenal pasti jenis haiwan itu.

“Saya menunjukkan gambar ini kepada jiran, keluarga dan rakan-rakan,” ujarnya.

Menurutnya, dia diberitahu bahawa ia mungkin jelmaan hantu haiwan, monyet, chupacabra atau makhluk asing.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Makhluk menakutkan itu kelihatan mempunyai muncung panjang, bahagian atas kepala kecil dan ketulan di belakangnya yang menyebabkan beberapa rakan lain mendakwa ia adalah jelmaan hantu.

Masyarakat Navajo di Amerika Syarikat percaya dukun atau pengamal yang mengamalkan ilmu hitam boleh bertukar makhluk ghaib atau jelmaan hantu dikenali sebagai skinwalker. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *