Keputusan STPM 2023 diumum 23 Julai - MPM

Keputusan STPM 2023 diumum 23 Julai – MPM

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada Selasa ini, 23 Julai.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai jam 11.30 pagi pada hari tersebut.

“Keputusan juga boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2023 dengan menaip STPM/No.Kad pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai 11 pagi pada 23 Julai sehingga 12 tengah hari pada 30 Julai,” menurut kenyataan itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Seramai 41,548 calon telah menduduki peperiksaan itu di 657 pusat peperiksaan di seluruh negara, melibatkan 16,387 petugas sepanjang peperiksaan berkenaan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *