Majikan swasta Selangor wajib beri cuti berbayar sempena Jubli Perak Sultan

SHAH ALAM – Majikan sektor swasta di Selangor perlu mematuhi ketetapan hari kelepasan am berbayar sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 25 Oktober ini.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) menjelaskan, cuti peristiwa diisytiharkan kerajaan negeri itu adalah hari kelepasan am pilihan yang perlu diberikan oleh majikan sektor swasta di Selangor mengikut peruntukan undang-undang berkaitan.

Dalam kenyataan, JTKSM memaklumkan majikan menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan hendaklah memberikan cuti gantian pada Isnin, 26 Oktober selaras dengan Seksyen 60D(1) Akta Kerja 1955.

Bagaimanapun, majikan juga mempunyai pilihan untuk menggantikan hari kelepasan am berbayar berkenaan kepada hari lain, dengan syarat mendapat persetujuan pekerja, sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 60D(1A) akta sama.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut JTKSM, pengisytiharan cuti peristiwa itu dibuat berdasarkan Subseksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], yang memberikan kuasa kepada kerajaan negeri untuk menetapkan sesuatu hari sebagai hari kelepasan am bagi negeri berkenaan.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini mengumumkan 26 Oktober sebagai hari kelepasan am gantian bagi seluruh negeri bersempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Sharafuddin menandakan genap 25 tahun baginda menaiki takhta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pengisytiharan itu dibuat berikutan tarikh sambutan kemuncak pada 25 Oktober jatuh pada Ahad, yang turut ditetapkan sebagai hari kelepasan am.

Pengumuman berkenaan dibuat pada 11 September lalu bagi membolehkan rakyat Selangor turut meraikan detik bersejarah pemerintahan Sultan Sharafuddin.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Justeru, majikan sektor swasta yang beroperasi di Selangor perlu mengambil maklum ketetapan berkenaan serta memastikan urusan cuti pekerja dilaksanakan mengikut peruntukan Akta Kerja 1955, termasuk pemberian cuti gantian atau persetujuan menggantikannya ke tarikh lain sebagaimana dibenarkan undang-undang.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *