Tuan Rumah Selangkah Lagi ke Final National 7S 2026

KUALA NERUS – Terengganu meneruskan kemaraan meyakinkan apabila mengesahkan tempat ke separuh akhir kategori Terbuka Lelaki Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan (National 7s 2026) bersama-sama Selangor, Johor dan Perak selepas berakhirnya saingan hari kedua kejohanan di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Terengganu.

Skuad tuan rumah tidak berdepan masalah untuk menamatkan aksi peringkat kumpulan apabila membenam cabaran ATM 31-7 sebelum meneruskan momentum positif dalam perlawanan suku akhir dengan menewaskan PDRM bagi melakar kemaraan ke kelompok empat terbaik.

Kejayaan tersebut menyaksikan Terengganu mengumpul dua kemenangan penting dalam tempoh sehari sekali gus menghidupkan peluang untuk melangkah ke pentas final di hadapan penyokong sendiri.

Bagaimanapun, laluan skuad kendalian Hafiizh Zainal dijangka tidak mudah apabila bakal berdepan Selangor dalam aksi separuh akhir yang dijadual berlangsung pada hari terakhir kejohanan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Selangor hadir dengan reputasi tersendiri apabila menjadi antara pasukan yang mencuri tumpuan sepanjang kejohanan edisi kali ini selepas berjaya menewaskan penyandang juara, Kelantan, pada saingan peringkat kumpulan sebelum meneruskan kemaraan dengan menewaskan Wilayah Persekutuan Putrajaya 15-0 pada peringkat suku akhir.

Ketua jurulatih Terengganu, Hafiizh Zainal berkata kemenangan Selangor ke atas juara bertahan membuktikan lawan mereka memiliki kekuatan serta keyakinan yang tinggi menjelang aksi separuh akhir.

“Kemenangan ke atas Kelantan sudah tentu memberikan suntikan moral kepada Selangor dan ia mungkin menjadi amaran awal kepada semua pasukan yang masih bersaing. Kami perlu lebih berwaspada serta memastikan kesilapan komunikasi dalam pasukan dapat dikurangkan,” katanya.

Dalam satu lagi aksi suku akhir, Johor yang muncul naib juara edisi lalu berjaya menyingkirkan cabaran Sarawak dengan keputusan 24-5 untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Perak turut menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila menewaskan Kedah 26-5 sekali gus melengkapkan senarai empat pasukan terbaik kategori Terbuka Lelaki bagi edisi kali ini.

Secara keseluruhan, sebanyak 39 perlawanan berjaya disempurnakan sepanjang hari kedua National 7s 2026 membabitkan semua kategori yang dipertandingkan termasuk aksi penentuan suku akhir Terbuka Lelaki.

Bagi kategori Terbuka Wanita pula, empat pasukan terbaik daripada lima pasukan bertanding berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir yang turut akan berlangsung di venue yang sama.

National 7s 2026 yang menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik negara berlangsung selama tiga hari dan dijadual melabuhkan tirainya dengan aksi final pada petang Ahad.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *