GUA MUSANG – Empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Gua Musang digerakkan bagi membantu seorang pendaki yang dilaporkan terjatuh ke kawasan curam selepas tergelincir ketika melalui laluan pendakian di hutan berhampiran Kem Tudung Periuk, di sini, semalam.
Pendaki berkenaan, Muhammad Asrul Quyyum Asmmuddin, 23, dipercayai terpisah daripada kumpulannya selepas tergelincir dari laluan pendakian.
Bagaimanapun, lelaki itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan masih mampu berjalan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, beliau bersama tiga anggota lain bergerak ke lokasi kejadian kira-kira jam 6.30 petang bagi membantu mangsa.
“Jarak dari BBP Gua Musang ke lokasi kejadian lebih 90 kilometer. Keadaan cuaca di sini ketika ini masih hujan renyai-renyai,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Operasi berkenaan susulan laporan mengenai seorang pendaki lelaki yang terpisah daripada kumpulannya ketika melakukan aktiviti pendakian di kawasan hutan berhampiran Kem Tudung Periuk.
Mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke kawasan curam di luar laluan pendakian.
Keadaan mangsa yang masih mampu berjalan menjadi antara faktor penting dalam usaha pasukan penyelamat untuk menjejaki serta membawanya keluar dari kawasan berkenaan.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Operasi turut berdepan keadaan muka bumi hutan yang mencabar selain faktor cuaca, dengan hujan renyai dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
