Timbalan Menteri Nafikan Dakwaan Kaitkan Beliau Dengan Perdukunan, Sihir dan Ajaran New Age

PUTRAJAYA – Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menafikan dengan tegas dakwaan mengaitkan Timbalan Menterinya, Senator Marhamah Rosli dengan amalan perdukunan, sihir, penggunaan azimat serta ajaran New Age.

Dalam kenyataan hari ini, pejabat Timbalan Menteri berkata, pihaknya memandang serius penyebaran kandungan yang didakwa cuba mengaitkan Marhamah dengan amalan dan fahaman berkenaan.

Menurut kenyataan itu, bahan yang sedang tersebar antaranya menggunakan tangkap layar hantaran media sosial Marhamah bertarikh 20 September 2019.

Pejabat berkenaan menjelaskan, hantaran tersebut dibuat dalam konteks pembangunan insan (human development) berdasarkan perkara yang dibincangkan dalam hantaran berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ia menegaskan, hantaran itu tidak boleh ditafsirkan sebagai sokongan atau pengiktirafan terhadap keseluruhan pegangan, ajaran atau amalan individu yang dirujuk.

“YB Senator tidak pernah berguru, menghadiri kelas, bertemu atau berhubung secara langsung dengan individu berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Pejabat Timbalan Menteri turut menafikan Marhamah pernah mengiktiraf individu tersebut sebagai guru atau terlibat dalam mengajar, mempromosi atau menyebarkan amalan perdukunan, sihir, azimat mahupun ajaran New Age.

Pejabat itu turut mempersoalkan cara beberapa bahan lama digunakan bersama kandungan lain yang tidak diketahui kewujudannya oleh Marhamah.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurut kenyataan tersebut, tangkap layar hantaran lama berkenaan didakwa telah dicantumkan dengan video lain sehingga menimbulkan gambaran semua kandungan itu mempunyai kaitan dengan rujukan atau amalan Marhamah.

Gambaran sedemikian, menurut pejabat berkenaan, adalah tidak benar.

Pihaknya menegaskan, sebarang dakwaan terhadap seseorang seharusnya bersandarkan kepada perkataan atau perbuatan individu itu sendiri, bukannya berdasarkan gabungan bahan pihak ketiga.

Bagi menguatkan pendirian tersebut, pejabat berkenaan memetik kaedah:

“Al-bayyinatu ‘ala al-mudda’i”, yang membawa maksud “Bukti adalah atas pihak yang mendakwa.”

Susulan penafian itu, pihak yang menerbitkan atau menyebarkan dakwaan berkenaan diminta mengambil tiga tindakan dalam tempoh 24 jam selepas kenyataan tersebut diterbitkan.

Antaranya, menarik balik dan memadamkan penerbitan yang didakwa tidak berasas, menghentikan penyebaran lanjut serta membuat permohonan maaf dan pembetulan secara terbuka melalui platform yang sama.

Pejabat Timbalan Menteri berkata, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan perkara itu dirujuk untuk tindakan undang-undang yang sewajarnya, tertakluk kepada nasihat undang-undang.

Dalam pada itu, orang ramai turut diseru supaya lebih bertanggungjawab ketika menyampaikan atau berkongsi maklumat, terutama kandungan melibatkan reputasi seseorang.

Pejabat tersebut mengingatkan supaya kesimpulan tidak dibuat berdasarkan bahan yang dipetik di luar konteks.

Penjelasan itu dikeluarkan susulan penyebaran kandungan yang didakwa mengaitkan Marhamah dengan beberapa amalan dan fahaman tertentu.

Setakat ini, kenyataan Pejabat Timbalan Menteri adalah penjelasan dan penafian rasmi pihak beliau terhadap dakwaan berkenaan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *