Pengampunan Diraja: UMNO hormat keputusan, harapan buat Najib tetap disimpan

KUALA LUMPUR – UMNO menghormati keputusan institusi Raja-Raja berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun pada masa sama masih mengharapkan keputusan yang terbaik buat pemimpin berkenaan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, berkata seluruh anggota parti menerima keputusan tersebut dengan penuh hormat, selain terus mendoakan perkembangan yang baik untuk Najib.

“Kami akur dan menghormati institusi Raja-Raja. Hati kami penuh harapan untuk Datuk Seri Najib Razak,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Nada sama turut disuarakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang sebelum itu melahirkan rasa sedih susulan keputusan menangguhkan permohonan pengampunan tersebut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bercakap kepada media selepas menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, Zahid berkata parti berkenaan tetap berharap keputusan yang terbaik dapat diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

“Kami berharap perkara terbaik dapat diberikan kepada Datuk Seri Najib,” katanya.

Sebelum ini, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa permohonan pengampunan Najib akan dibawa ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan datang.

Menurut kenyataan berkenaan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, telah berkenan supaya permohonan tersebut ditangguhkan sehingga mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan pada masa akan datang.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *