KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, meminta semua pihak menantikan kenyataan rasmi berhubung hasil Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Istana Negara pagi ini.
Hannah yang dilihat meninggalkan Istana Negara kira-kira jam 11 pagi tidak memberikan sebarang perincian ketika ditanya media mengenai keputusan mesyuarat berkenaan.
Beliau turut mengulangi jawapan sama apabila ditanya sama ada isu membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, termasuk dalam agenda perbincangan.
“Tunggu kenyataan rasmi, nanti akan ada kenyataan rasmi,” katanya.
Perkembangan mengenai Najib sebelum ini menjadi perhatian selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan harapan positif berhubung nasib bekas Ahli Parlimen Pekan itu.
Pada Khamis, Zahid berkata beliau menyerahkan sepenuhnya perkara berkaitan Najib kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong susulan Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dijadualkan berlangsung hari ini.
Bagaimanapun, sehingga kini belum ada pengesahan rasmi bahawa perkara berkaitan Najib dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Sebarang perkembangan lanjut dijangka diumumkan melalui kenyataan rasmi Urus Setia Lembaga Pengampunan.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan turut dianggotai Peguam Negara, menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan serta tiga anggota lain yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
