Saham GTA Holdings kekal 35 sen pada dagangan sulung

KUALA LUMPUR – Saham GTA Holdings Bhd. kekal pada harga tawaran awam permulaannya (IPO) sebanyak 35 sen pada dagangan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, dengan kira-kira 10 juta saham bertukar tangan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif GTA Holdings, Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi berkata, syarikat kini bersedia melaksanakan pelan pertumbuhan yang telah digariskan dalam prospektus, termasuk memperluaskan kapasiti operasinya.

Antara langkah utama yang dirancang adalah perpindahan ke kemudahan operasi baharu di Bukit Jelutong, Shah Alam menjelang akhir tahun ini.

“Insya-Allah, menjelang akhir tahun ini, kami akan berpindah ke kemudahan baharu yang mempunyai kapasiti lebih besar bagi menyokong pertumbuhan perniagaan,” katanya selepas penyenaraian syarikat itu, hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Nonee Ashirin berkata, syarikat turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kedudukannya sebagai pusat penyelenggaraan komponen yang diluluskan oleh pengeluar peralatan asal (OEM).

Katanya, strategi itu penting bagi memastikan GTA Holdings kekal dekat dengan pelanggan, di samping meningkatkan keupayaan penyelenggaraan komponen.

Selain pengembangan kapasiti, beliau berkata, GTA Holdings juga merancang untuk menceburi segmen baharu dalam industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), khususnya membabitkan sistem gear pendaratan, roda dan brek.

“Kami akan bergerak ke dalam segmen sistem gear pendaratan, roda dan brek. Ini adalah perkhidmatan MRO baharu bagi kami kerana sebelum ini kami lebih tertumpu kepada enjin,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Syarikat itu mengumpul RM71.75 juta daripada pelaksanaan IPO dengan sebanyak RM25 juta daripada dana yang dikumpul itu akan digunakan untuk membayar sebahagian pembiayaan bank bagi pembinaan kemudahan operasi baharu.

Sebanyak RM10 juta pula diperuntukkan bagi menyokong rancangan syarikat mengembangkan aktiviti MRO helikopter ke Asia Barat.

GTA Holdings turut memperuntukkan RM5.9 juta untuk mengembangkan perkhidmatan MRO bagi gear pendaratan, roda dan brek pesawat sayap tetap.

Selain itu, sebanyak RM24.15 juta akan digunakan bagi keperluan modal kerja am, manakala RM6.7 juta diperuntukkan untuk menampung perbelanjaan penyenaraian.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *