Idea bina Hospital MARA tak wajar dipertikai, bukan isu perkauman

Dari Meja Editorial

CADANGAN pembinaan Hospital Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak seharusnya dilihat melalui kaca mata sentimen perkauman, sebaliknya perlu dinilai berdasarkan keperluan strategik institusi itu dalam memperkukuh ekosistem pendidikan, latihan perubatan dan pembangunan keusahawanan kesihatan negara.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Seri Zulfikri Osman dilaporkan berkata, usaha mengaitkan cadangan berkenaan dengan isu perkauman hanya mencerminkan cara pemikiran sempit kerana penubuhan sebuah hospital tidak semestinya berkait dengan siapa pemiliknya, tetapi lebih kepada fungsi, perkhidmatan dan manfaat yang mampu diberikan kepada masyarakat.

Realitinya ketika ini terdapat banyak hospital swasta dimiliki oleh golongan bukan Bumiputera, namun perkhidmatannya tetap menjadi pilihan masyarakat dari pelbagai latar belakang, termasuk pesakit Bumiputera.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Perkara sama sepatutnya dilihat terhadap cadangan hospital MARA kerana ia dirancang berdasarkan keperluan institusi, khususnya bagi menyediakan kemudahan hospital pengajar untuk menyokong bidang pendidikan perubatan.

Cadangan penubuhan hospital ini bukan sesuatu yang wajar dipertikaikan atas dasar sentimen perkauman. Banyak hospital swasta milik bukan Bumiputera menjadi tumpuan semua kaum termasuk pesakit Bumiputera.

Jadi, perkara ini perlu dilihat dari sudut keperluan dan manfaatnya, bukannya berdasarkan sentimen. Antara rasional utama pembinaan Hospital MARA ialah keperluan menyediakan kemudahan hospital pengajar sendiri bagi menyokong program pendidikan perubatan yang ditawarkan institusi pendidikan di bawah MARA.

MARA kini mempunyai Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) yang menawarkan pengajian dalam bidang perubatan. Namun, pelajar mengikuti bidang berkenaan perlu menjalani latihan klinikal sebagai sebahagian daripada proses pendidikan dan persediaan sebelum bergelar pengamal perubatan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam keadaan semasa, pelajar terpaksa menggunakan kemudahan hospital lain bagi melengkapkan latihan klinikal mereka, dan situasi ini menunjukkan terdapat keperluan untuk MARA memiliki kemudahan hospital sendiri yang bukan sahaja dapat menjadi tempat latihan klinikal, malah mampu membentuk satu ekosistem pendidikan perubatan lebih tersusun.

“Dalam ekosistem pendidikan MARA, kita mempunyai UniKL RCMP yang menawarkan pengajian perubatan. Apabila pelajar ini mahu menjadi doktor atau doktor pergigian, mereka perlu menjalani latihan praktikal klinikal.

“Buat masa ini, kita terpaksa menghantar pelajar menumpang di hospital lain untuk melengkapkan tempoh latihan klinikal berkenaan. Oleh itu, sudah tiba masanya MARA mempunyai hospital sendiri, sekurang-kurangnya sebagai hospital pengajar,” kata Zulfikri.

Kewujudan hospital pengajar sendiri juga akan memberi peluang kepada MARA untuk menghubungkan aspek pendidikan, latihan klinikal, penyelidikan serta pembangunan profesional dalam satu ekosistem lebih menyeluruh dan memberi nilai tambah kepada pelajar mengikuti pengajian dalam bidang perubatan dan bidang kesihatan berkaitan.

Cadangan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung penubuhan hospital berkenaan bukan sesuatu yang muncul secara tiba-tiba. Sebaliknya, sudah lama difikirkan dan kini semakin relevan berdasarkan perkembangan ekosistem pendidikan serta keperluan MARA dalam bidang perubatan.

MARA, sepanjang kewujudannya telah membangunkan pelbagai institusi pendidikan dan program pembangunan modal insan yang melahirkan tenaga profesional dalam pelbagai bidang.

Bidang kesihatan juga tidak terkecuali, malah ramai bekas pelajar dan penerima manfaat program MARA kini menjadi doktor, doktor gigi, ahli farmasi serta profesional kesihatan lain.

Pencapaian MARA dalam bidang kesihatan bukan sekadar melahirkan tenaga profesional, malah sebahagian daripada mereka berjaya dibangunkan sebagai usahawan melalui program keusahawanan MARA.

Terdapat doktor, ahli farmasi dan doktor gigi kini mengusahakan klinik serta perniagaan kesihatan sendiri hasil daripada pembangunan pendidikan dan keusahawanan dilaksanakan MARA.

Kini MARA mempunyai lebih 160 rangkaian U.n.i Klinik, U.n.i Dental dan U.n.i Farmasi di seluruh negara. Justeru, langkah untuk membina hospital MARA tidak sepatutnya menghairankan kerana ia adalah hasil garapan kepakaran yang telah sedia wujud.

Perkembangan ini menunjukkan MARA bukan bermula dari sifar sekiranya cadangan hospital itu direalisasikan. Sebaliknya, sudah mempunyai rangkaian pendidikan, tenaga profesional serta pengalaman dalam membangunkan usahawan kesihatan yang boleh menjadi sebahagian daripada ekosistem berkenaan.

Cadangan Hospital MARA juga dilihat berpotensi menjadi satu bentuk pelaburan jangka panjang dalam pembangunan modal insan negara. Selain menyediakan kemudahan latihan kepada pelajar, hospital pengajar berpotensi menjadi platform menghubungkan pendidikan dengan pengalaman klinikal sebenar.

Dalam jangka panjang, kewujudan ekosistem sedemikian boleh membantu memastikan pelajar mendapat pendedahan yang lebih tersusun, manakala institusi pendidikan pula mempunyai kemudahan yang lebih dekat dengan program akademik yang ditawarkan.

Namun, pada masa sama, sebarang cadangan pembangunan hospital tentunya perlu mengambil kira aspek kos, model pengurusan, keperluan tenaga pakar, kapasiti hospital, kemudahan klinikal serta kemampanan operasi.

Perkara-perkara tersebut penting bagi memastikan hospital yang dibangunkan bukan sahaja mampu diwujudkan secara fizikal, tetapi benar-benar berfungsi sebagai pusat pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang berdaya maju.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *