Pemegang saham Sunzen lulus semua resolusi dalam AGM

Untung kasar Sunzen melonjak hampir lima kali ganda kepada RM15.89 juta

PETALING JAYA – Sunzen Group Bhd. mencatat keuntungan sebelum cukai (PBT) RM15.89 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 (TK2026), melonjak hampir lima kali ganda daripada RM3.31 juta setahun sebelumnya, disokong pertumbuhan pendapatan, pemulihan hutang lapuk dan perbelanjaan operasi keseluruhan yang lebih rendah.

Hasil kumpulan meningkat 16.1 peratus kepada RM93.51 juta daripada RM80.58 juta, mencerminkan sumbangan lebih kukuh daripada portfolio perniagaan yang merangkumi produk kesihatan, peranti dan perkhidmatan perubatan serta pembiayaan pinjaman.

Segmen Pembiayaan Pinjaman menjadi pemacu utama keuntungan apabila hasil TK2026 meningkat 44.3 peratus kepada RM19.83 juta daripada RM13.74 juta, manakala PBT lebih dua kali ganda kepada RM15.50 juta daripada RM7.26 juta.

Pada suku keempat sahaja, hasil segmen pembiayaan pinjaman meningkat 33.5 peratus kepada RM5.54 juta daripada RM4.15 juta, manakala PBT melonjak kepada RM4.70 juta daripada RM0.82 juta, disokong jumlah pembiayaan lebih tinggi dan pemulihan hutang lapuk.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Segmen Peranti dan Perkhidmatan Perubatan turut mengekalkan momentum positif apabila hasil suku keempat meningkat 62.3 peratus kepada RM3.32 juta, manakala PBT bertambah 66.7 peratus kepada RM0.71 juta. Bagi TK2026, segmen itu mencatat hasil RM9.83 juta dan PBT RM1.67 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan Sunzen Group Bhd, Teo Yek Ming berkata, TK2026 menandakan peningkatan ketara dalam keuntungan keseluruhan kumpulan, dengan PBT meningkat dengan ketara kepada RM15.89 juta.

“Prestasi itu mencerminkan kekuatan portfolio perniagaan Sunzen yang pelbagai, terutama pertumbuhan berterusan dalam segmen Pembiayaan Pinjaman serta Peranti dan Perkhidmatan Perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi suku keempat TK2026, kumpulan kembali mencatat PBT RM2.40 juta berbanding kerugian sebelum cukai RM0.53 juta setahun sebelumnya, manakala hasil meningkat 31 peratus kepada RM19.62 juta daripada RM14.98 juta.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Bagaimanapun, secara suku ke suku, hasil menurun 18.2 peratus daripada RM23.97 juta dan PBT susut 23.6 peratus daripada RM3.15 juta, terutama akibat sumbangan lebih rendah daripada segmen Kesihatan Manusia termasuk eksport sarang burung ke China, selain penghapusan hutang lapuk RM0.84 juta dan pengurangan inventori RM0.69 juta.

Segmen Kesihatan Manusia mencatat hasil suku keempat RM10.77 juta, meningkat 22.5 peratus, tetapi kerugian sebelum cukai melebar kepada RM2.78 juta daripada RM0.87 juta akibat perbelanjaan operasi lebih tinggi. Bagi TK2026, hasil segmen meningkat kepada RM63.86 juta tetapi kerugian sebelum cukai turut melebar kepada RM2.33 juta.

“Walaupun segmen Kesihatan Manusia kami terus menghadapi tekanan kos jangka pendek, kami digalakkan oleh pertumbuhan hasil dan sedang mengambil langkah untuk memperkukuh jangkauan pengedaran dan kecekapan operasinya,” kata Yek Ming.

Melangkah ke hadapan, Sunzen akan terus memperluas segmen kesihatan menerusi pengedaran Ecolite di Indonesia, peluang di Singapura dan Malaysia Timur serta cadangan model langganan produk terpilih, sambil mengekalkan pendekatan pembiayaan yang berhemat melalui pinjaman bercagar, penilaian kredit ketat dan peminjam berkualiti tinggi.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *