Asyraf Wajdi arah MARA, UniKL ambil tindakan isu persembahan ala konsert ketika konvokesyen

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan pengurusan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mengambil tindakan serius berhubung persembahan hiburan ala konsert yang dipertontonkan ketika majlis istiadat konvokesyen institusi berkenaan.

Beliau menyifatkan penyajian hiburan dalam bentuk sedemikian sebagai tidak wajar dan tidak beradab kerana majlis konvokesyen merupakan upacara kemuncak pengiktirafan terhadap pencapaian akademik serta pemartabatan ilmu.

Menurutnya, sebarang persembahan nyanyian atau artis jemputan yang diadakan pada waktu sela rehat perlu mengambil kira kesesuaian lagu, pakaian dan orientasi persembahan dengan nilai serta suasana majlis istiadat berkenaan.

“Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah, pengurusan MARA dan UniKL untuk mengambil tindakan serius mengenai hal ini dan melakukan perubahan serta penambahbaikan segera terhadap kod etika dan adab penganjuran majlis-majlis konvokesyen mana-mana institusi pendidikan di bawah MARA,” katanya dalam kenyataan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Asyraf Wajdi berkata pendidikan tidak seharusnya dilihat sekadar proses memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran, sebaliknya turut merangkumi pembentukan adab, penyemaian nilai serta pembinaan keperibadian insan.

Justeru, katanya, majlis konvokesyen perlu mencerminkan keseluruhan falsafah pendidikan itu kerana ia bukan sekadar acara meraikan kejayaan graduan, tetapi turut menjadi manifestasi penghormatan terhadap ilmu dan adab.

Beliau menegaskan aspek etika dan kesesuaian pengisian perlu diberikan perhatian supaya penganjuran majlis akademik berprestij itu tidak tersasar daripada tujuan serta nilai yang ingin diketengahkan oleh institusi pendidikan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan telah memanggil Naib Canselor UniKL dan Ketua Pengarah MARA untuk mengadakan pertemuan pada Isnin ini bagi membentangkan tindakan serta langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Perbincangan itu dijangka memberi tumpuan kepada penambahbaikan tatacara dan kod etika penganjuran istiadat konvokesyen universiti serta institusi pendidikan di bawah MARA pada masa hadapan.

Asyraf Wajdi turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang memberikan pandangan berhubung isu berkenaan dan berharap teguran itu dapat dijadikan asas memperkemas penganjuran majlis akademik agar lebih mencerminkan nilai keilmuan, kesopanan dan kemuliaan institusi pendidikan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *