PRN Sarawak: Abang Johari kekal ADUN Gedong tanpa bertanding

GEDONG – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong apabila diumumkan menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 hari ini.

Kemenangan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jamain Wahab sejurus proses penamaan calon bagi kerusi N26 Gedong selesai.

Jamain berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menerima satu kertas penamaan calon bagi kerusi berkenaan dalam tempoh penamaan antara jam 9 hingga 10 pagi.

Menurutnya, Abang Johari mengemukakan kertas pencalonan pada jam 9.03 pagi mewakili GPS sebelum dokumen berkenaan disemak dan diterima selepas memenuhi semua syarat ditetapkan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Dengan ini, saya mengumumkan Abang Abdul Rahman Johari dari parti GPS disahkan menang tanpa bertanding dan dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi bahagian pilihan raya negeri N26 Gedong,” katanya.

Kemenangan tanpa perlu melalui pertandingan itu membolehkan Abang Johari terus mewakili Gedong untuk penggal seterusnya, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam politik Sarawak.

Pada PRN12, beliau memenangi kerusi berkenaan buat kali pertama selepas memperoleh 4,310 undi dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 3,607 undi.

Ketika itu, beliau menewaskan Mohamad Sofian Fariz Sharbini daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang memperoleh 703 undi, diikuti Tomson Ango daripada Parti Bumi Kenyalang dengan 157 undi dan Kamal Bujang daripada Amanah yang mendapat 94 undi.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Abang Johari sebelum ini merupakan penyandang kerusi DUN Satok selama lapan penggal sebelum mengambil keputusan bertanding di Gedong pada PRN12, menggantikan Datuk Mohd Naroden Majais yang pernah mewakili kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Pengerusi GPS kini terus mendapat mandat untuk mewakili kawasan Gedong tanpa perlu berdepan persaingan pada pilihan raya kali ini.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *