SumiSaujana catat PAT RM5.4 juta pada suku ketiga

KUALA LUMPUR – SumiSaujana Group Berhad mencatatkan lonjakan keuntungan selepas cukai (PAT) kepada RM5.4 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026 berbanding RM0.1 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan ketara itu disokong pertumbuhan hasil, margin keuntungan lebih baik serta kecekapan operasi dan pelaksanaan inisiatif pengoptimuman kos secara berterusan.

Pengeluar bahan kimia khusus minyak dan gas (O&G) itu berkata, syarikat merekodkan hasil RM52.1 juta, meningkat 19.6 peratus daripada RM43.6 juta pada suku ketiga TK2025.

“Keuntungan sebelum cukai (PBT) turut melonjak kepada RM6.8 juta berbanding RM300,000 dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Keuntungan kasar pula meningkat 91.5 peratus kepada RM16.8 juta daripada RM8.8 juta, manakala margin keuntungan kasar berkembang kepada 32.3 peratus berbanding 20.2 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Prestasi lebih baik itu didorong terutamanya oleh peningkatan sumbangan jualan dari Thailand, Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia, selain purata harga jualan yang lebih tinggi.

Mengikut pasaran geografi, Thailand menjadi penyumbang hasil terbesar sebanyak RM15 juta, diikuti Malaysia RM10.9 juta, Indonesia RM10.6 juta dan AS RM7 juta.

Dari segi prestasi suku ke suku, hasil SumiSaujana meningkat 15.5 peratus kepada RM52.1 juta daripada RM45.1 juta pada suku kedua TK2026.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Keuntungan kasar meningkat kepada RM16.8 juta daripada RM15.8 juta, manakala PBT bertambah kepada RM6.8 juta berbanding RM6.5 juta.

“Bagi tempoh kumulatif sembilan bulan berakhir 30 September 2026, kumpulan merekodkan hasil RM139.4 juta, meningkat 17.9 peratus daripada RM118.3 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

“PBT meningkat kepada RM16.9 juta berbanding RM5.7 juta, manakala PAT melonjak kepada RM12.3 juta daripada RM4.1 juta,” katanya.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SumiSaujana, Norazlam Norbi berkata, kumpulan akan terus memperkukuh hubungan pelanggan dan memperluas kehadiran dalam pasaran utama menjelang suku terakhir tahun kewangan.

Beliau berkata, kumpulan turut menilai peluang perniagaan yang dapat melengkapi keupayaan teras serta memperluas platform pertumbuhan jangka panjang.

“Melalui pelaksanaan yang berdisiplin dan pengurusan modal yang teliti, kami menyasarkan untuk membina perniagaan lebih pelbagai dan berdaya tahan bagi mewujudkan nilai mampan kepada pemegang saham,” katanya.

Dalam usaha memperluas pasaran antarabangsa, kumpulan turut memulakan proses penubuhan entiti tempatan di AS bagi menyokong aktiviti perniagaan dan mengukuhkan kedudukannya di pasaran berkenaan.

Sementara itu, beberapa inisiatif strategik kumpulan turut menunjukkan perkembangan positif, termasuk percubaan pembuatan bagi pembangunan dan pengkomersialan poliol berasaskan bio menerusi kerjasama dengan Zhangjiagang CoolisT Life Technology Co. Ltd.

Penilaian awal projek Asid Sulfurik Gas Basah (WSA) di unit penapisan PT Kilang Pertamina Internasional di Indonesia juga sedang berjalan, dengan perbincangan ke arah memuktamadkan Perjanjian Utama bagi fasa seterusnya projek itu.

Kumpulan turut meneroka potensi teknikal dan komersial penggunaan teknologi WSA di Malaysia dan Indonesia bersama TOPSOE A/S.

Setakat 30 September 2026, SumiSaujana telah menggunakan RM69.3 juta daripada hasil tawaran awam permulaan (IPO) berjumlah RM74.4 juta, terutamanya bagi pengambilalihan gudang dan pejabat korporat baharu di Puncak Alam, pembangunan kilang sedia ada, perbelanjaan modal serta pengembangan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Mengulas prospek, kumpulan kekal optimis secara berhati-hati terhadap sektor bahan kimia khusus O&G bagi baki tahun kewangan 2026.

“Aktiviti huluan yang berterusan, permintaan tenaga di rantau Asia Pasifik serta pelaburan dirancang oleh syarikat minyak utama serantau dan syarikat minyak nasional dijangka terus menyokong permintaan terhadap produk kumpulan.

“Bagaimanapun, SumiSaujana akan terus memantau perkembangan geopolitik serta pergerakan kos bahan mentah, tenaga dan logistik,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *