Nasib baik kami tak jadi pergi – Pendaki solo negara

KUALA LUMPUR – “Nasib baik kami tak jadi pergi,” kata pendaki solo negara yang kini menetap di Nepal, Mohd Noor Mat Amin.

Beliau melahirkan rasa syukur selepas kumpulan pendaki yang sepatutnya dibawanya ke Langtang Valley, Nepal terpaksa membatalkan perjalanan atas faktor teknikal sebelum kawasan berkenaan dilanda banjir besar dan runtuhan, semalam.

Mohd Noor berkata, perjalanan kumpulan terbabit sudah ditangguhkan lebih awal dan hanya akan diteruskan tahun depan, tanpa mereka menyangka keputusan itu akhirnya mengelakkan mereka daripada berada di kawasan yang terjejas akibat bencana berkenaan.

“Kami bersyukur kerana tidak jadi pergi. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku kalau teruskan perjalanan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kalau sudah mula trekking, mungkin selamat, tetapi keadaan banjir itu tetap menyebabkan perjalanan dan laluan terjejas,” katanya ketika dihubungi BH memaklumkan sepatutnya beliau dan kumpulan pendaki melakukan pendakian di Lantang Valley pada 20 hingga 30 Ogos ini.

Beliau berkata, kumpulan yang sepatutnya dibawanya itu dirancang untuk melakukan aktiviti pendakian di kawasan Langtang Valley, namun masalah teknikal menyebabkan perjalanan berkenaan dibatalkan.

Difahamkan, beliau sebelum ini kerap membawa kumpulan pendaki yang mendapatkan khidmatnya untuk melakukan aktiviti trekking di Nepal.

Mohd Noor berkata, kejadian banjir dahsyat yang berlaku menyebabkan beliau bimbang mengenai nasib pendaki Malaysia lain yang berada di kawasan terbabit, terutama kira-kira sembilan pendaki yang masih belum dapat dihubungi.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Katanya, beliau mengenali kumpulan berkenaan menerusi media sosial, namun tidak pernah bertemu secara bersemuka.

Mohd Noor, berkata keadaan kini lebih membimbangkan apabila beberapa laluan dan jambatan dilaporkan terputus atau runtuh, sekali gus menyukarkan pergerakan pasukan mencari dan menyelamat.

“Jalan yang runtuh menyebabkan operasi mencari dan menyelamat juga terjejas. Bagaimana orang hendak pergi menyelamat kalau jambatan sudah putus?,” soalnya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan Nepal sudah mengeluarkan arahan kepada syarikat pengendali helikopter, termasuk syarikat swasta, untuk membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa. – Berita Harian

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *