1,000 hilang, 165 maut dalam banjir kilat sempadan Nepal-Tibet

NUWAKOT – Lebih 1,000 orang dilaporkan hilang dan sekurang-kurangnya 165 nyawa terkorban setakat ini selepas banjir kilat dan tanah runtuh memusnahkan perkampungan di kawasan sempadan Nepal-Tibet.

Bencana yang berlaku pada pagi Rabu itu berpunca daripada runtuhan glasiar di kawasan tanah tinggi susulan gempa bumi berukuran 4.4.

Ia mencetuskan gelombang runtuhan batu dan lumpur seperti tsunami di kawasan pergunungan itu sepanjang 170 kilometer (km) dan mengalir menerusi Sungai Bhote Koshi dan Trishuli.

Klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sempadan China menunjukkan arus lumpur merempuh bangunan tinggi serta menghanyutkan kenderaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Di Nepal, polis mengesahkan penemuan 162 mayat berikutan bencana yang merentasi tujuh daerah. Sementara itu, media rasmi China melaporkan bencana di Pelabuhan Gyirong, Tibet meragut tiga nyawa, manakala 558 orang masih hilang.

Kementerian Pelancongan Nepal memaklumkan 468 pelancong termasuk 393 warga asing tidak dapat dihubungi.

Warga asing yang hilang merangkumi pelancong dari Amerika Syarikat (47), Australia (34), Britain (33), Kanada (24), serta India, Malaysia, Belanda, Portugal, Afrika Selatan dan Korea Selatan yang dalam perjalanan keagamaan ke Gunung Kailash.

Anggota penyelamat terpaksa mengharungi lumpur tebal untuk mengesan mangsa selepas banjir menenggelamkan tingkat bawah bangunan tinggi dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Tentera Nepal mengerahkan penerbangan helikopter bagi memindahkan mangsa dari kawasan berisiko serta menyelamatkan puluhan penduduk.

Di pihak China, Presiden Xi Jinping mengarahkan supaya semua usaha ditumpukan bagi menyelamatkan mangsa yang hilang.

Kerajaan Tibet menggerakkan hampir 800 anggota penyelamat, 150 kenderaan, anjing pengesan serta bot laju. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) turut menghantar bekalan kecemasan termasuk selimut, kit pertolongan cemas dan beg mayat.

Pakar ICIMOD, Qianggong Zhang, menggesa langkah berjaga-jaga ekoran amaran risiko banjir kedua disebabkan sekatan alur sungai yang tersumbat di kawasan sempadan. – AGENSI

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *