KUALA LUMPUR: Seorang wanita rakyat Malaysia dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi susulan tragedi tanah runtuh serta banjir dahsyat melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet, semalam.
Pekerja sebuah pejabat peguam di Bangsar, di sini, Komathi Sitoralingam, 56, kali terakhir berhubung dengan anak, Dhariniya Thiagarajan, 31, menerusi khidmat pesanan ringkas kira-kira jam 9 pagi semalam.
Dhariniya berkata, ibunya memaklumkan bahawa beliau bersama rombongan sedang berada di kawasan lintasan sempadan Tibet berhampiran sebuah jambatan ketika itu dan bertolak lebih awal berikutan berlaku tanah runtuh di kawasan berhampiran.
“Maklumat terakhir diterima ialah mereka berada di sempadan Tibet berhampiran jambatan kira-kira jam 9 pagi.
“Mesej terakhir semalam memaklumkan bahawa mereka bertolak keluar lebih awal dari kawasan sempadan Tibet berikutan kejadian tanah runtuh,” katanya.
Sehubungan itu, keluarga Komathi amat bimbang akan kesihatan serta keselamatannya, dan mereka telah berdaftar dengan Kementerian Luar untuk memohon bantuan serta mendapatkan perkembangan maklumat terkini.
Terdahulu, media melaporkan lebih 1,000 orang dilaporkan hilang, termasuk rakyat Malaysia, dan sekurang-kurang 165 nyawa terkorban selepas banjir kilat serta tanah runtuh memusnahkan perkampungan di kawasan sempadan Nepal-Tibet.
Bencana pada pagi semalam itu berpunca daripada runtuhan glasier di kawasan tanah tinggi susulan gempa bumi berukuran 4.4 magnitud.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Ia mencetuskan gelombang runtuhan batu dan lumpur seperti tsunami di kawasan pergunungan itu sepanjang 170 kilometer (km) serta mengalir menerusi Sungai Bhote Koshi dan Trishuli.
Klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sempadan China menunjukkan arus lumpur merempuh bangunan tinggi serta menghanyutkan kenderaan. – Berita Harian
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
