Bekas CEO bank pelaburan antara tiga individu didakwa mahkamah Kuala Lumpur, Seremban hari ini

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah bank pelaburan akan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen, di sini, dan Seremban, hari ini.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, bekas CEO itu akan didakwa di hadapan Hakim Azura Alwi manakala seorang wanita bergelar Datuk, yang juga pengarah sebuah syarikat, akan didakwa di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Difahamkan, bekas CEO itu bakal berdepan pertuduhan berkaitan rasuah lebih RM130 juta manakala wanita terbabit sebelum ini pernah dikaitkan dengan sebuah pelaburan yang disiasat SPRM dan pernah dituduh di mahkamah atas kesalahan pecah amanah.

Sementara itu, seorang ketua pegawai kewangan institusi pengajian tinggi swasta akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban bagi pertuduhan membabitkan nilai rasuah berjumlah RM6.56 juta.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Hakim M. Kunasundary dijangka mendengar kes itu. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *