Kilang baharu pacu lonjakan margin, keuntungan Orgabio

KUALA LUMPUR – Permulaan operasi kilang baharu Orgabio Holdings Bhd. mula diterjemahkan kepada peningkatan kecekapan dan margin apabila keuntungan selepas cukai (PAT) suku keempat tahun kewangan 2026 melonjak 521.17 peratus kepada RM3.1 juta, walaupun hasil kumpulan menyusut 8.55 peratus.

Pengeluar minuman pracampuran segera itu berkata, PAT bagi suku berakhir 30 Jun 2026 meningkat daripada RM0.5 juta setahun sebelumnya, disokong keuntungan kasar dan margin yang lebih tinggi hasil ekonomi skala lebih baik, harga bahan mentah stabil serta peningkatan kecekapan operasi selepas kilang baharu mula beroperasi.

Keuntungan kasar meningkat 32.05 peratus kepada RM6.1 juta daripada RM4.6 juta, manakala margin keuntungan kasar berkembang kepada 19.52 peratus daripada 13.52 peratus, menunjukkan peningkatan enam mata peratusan dalam tempoh setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Orgabio Holdings Bhd., Ean Yong Hien Voon berkata, penggunaan kilang yang lebih baik bersama kos input stabil dan peningkatan kecekapan operasi menyokong pengukuhan margin serta keuntungan kumpulan sepanjang tahun kewangan 2026.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“TK2026 mencerminkan pengukuhan yang bermakna dalam kapasiti pendapatan Orgabio. Pendapatan berkembang merentasi pasaran domestik dan luar negara, manakala penggunaan kilang yang lebih baik, kos input yang stabil dan kecekapan operasi yang lebih baik menyokong margin dan keuntungan yang lebih kukuh,” kata Hien Voon.

Peningkatan keuntungan itu dicapai walaupun hasil suku keempat turun kepada RM31.3 juta daripada RM34.2 juta, terutama disebabkan hasil lebih rendah daripada perkhidmatan pembuatan pracampuran minuman segera untuk pemilik jenama pihak ketiga dalam pasaran domestik.

Namun, hasil luar negara meningkat kepada RM17.8 juta daripada RM16.4 juta pada suku sama tahun sebelumnya, ketika segmen pembuatan kekal sebagai penyumbang hasil utama kumpulan. Hien Voon berkata pesanan domestik menjadi sederhana pada suku keempat, tetapi peningkatan margin kasar dan PAT menunjukkan prestasi operasi terus mengukuh.

Bagi keseluruhan tahun kewangan 2026, PAT Orgabio meningkat 201.20 peratus kepada RM11.8 juta daripada RM3.9 juta, manakala hasil bertambah 31.35 peratus kepada RM145.9 juta daripada RM111.1 juta. Keuntungan kasar pula meningkat 53.72 peratus kepada RM27.5 juta.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pertumbuhan turut dicatatkan dalam pasaran domestik dan luar negara apabila hasil tempatan meningkat 36.21 peratus kepada RM78.4 juta, sementara hasil antarabangsa bertambah 26.11 peratus kepada RM67.5 juta. Hasil perkhidmatan pembuatan pracampuran minuman segera untuk pemilik jenama pihak ketiga pula meningkat kepada RM145 juta daripada RM110.4 juta.

Kedudukan kewangan Orgabio turut mengukuh apabila jumlah pinjaman berkurang kepada RM7.1 juta daripada RM10.4 juta, sementara tunai dan setara tunai meningkat kepada RM14.7 juta daripada RM9.3 juta. Tunai bersih daripada aktiviti operasi pula meningkat kepada RM12.7 juta daripada RM6.9 juta.

Melangkah ke hadapan, Orgabio akan memberi tumpuan kepada pengukuhan keupayaan pembuatan OEM dan ODM, meningkatkan kecekapan operasi serta memacu inovasi produk. Syarikat turut melihat peluang dalam perubahan pilihan pengguna kepada minuman lebih sihat dan bernilai tambah termasuk produk rendah gula, berasaskan tumbuhan serta bebas tenusu.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *