Tun M, Dr Hasmah Cipta Sejarah Asia Sebagai Pasangan Bekas Ketua Kerajaan Centenarian Pertama

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali sekali lagi mengukir sejarah apabila diiktiraf sebagai pasangan pertama bekas ketua kerajaan di Asia yang kedua-duanya masih hidup dan telah mencapai usia lebih 100 tahun.

Pengiktirafan berprestij daripada Asia Records itu diumumkan dalam satu majlis khas di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Selasa, yang turut menyaksikan pasangan berkenaan menerima tiga rekod rasmi atas pencapaian luar biasa mereka.

Pada usia 101 tahun, Dr Mahathir turut menerima pengiktirafan ASEAN Records sebagai Bekas Perdana Menteri Tertua yang Masih Hidup, manakala Dr Hasmah, yang kini berusia 100 tahun, diiktiraf sebagai Pasangan Bekas Perdana Menteri Tertua yang Masih Hidup.

Lebih membanggakan, Asia Records turut mengiktiraf kedua-duanya sebagai Bekas Ketua Kerajaan dan Pasangan Pertama di Asia yang kedua-duanya merupakan centenarian (berusia 100 tahun ke atas) dan masih hidup.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada 12 Julai lalu, jumlah usia gabungan pasangan ini mencecah 201 tahun, selain mereka baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan ke-70 pada 5 Ogos lalu. Bulan bersejarah itu turut menyaksikan Dr Mahathir menyambut ulang tahun kelahiran ke-101 pada 10 Julai, diikuti Dr Hasmah yang genap 100 tahun dua hari kemudian.

Kisah cinta pasangan ini bermula pada tahun 1947 ketika kedua-duanya menuntut dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine. Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, sebelum bersama-sama melalui perjalanan panjang dalam kehidupan serta berkhidmat kepada negara di peringkat tertinggi.

Dr Mahathir memimpin negara sebagai Perdana Menteri selama 24 tahun menerusi dua penggal, iaitu dari 1981 hingga 2003 dan 2018 hingga 2020. Sepanjang tempoh itu, Dr Hasmah turut memainkan peranan sebagai wanita pertama negara selama 24 tahun.

Menurut pasukan pengadil Asia Records dan ASEAN Records, semakan yang dijalankan mendapati tiada pencapaian setara yang pernah didokumentasikan secara terbuka di rantau ASEAN mahupun pasaran utama Asia.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sijil pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Asia Records, Tan Sri Datuk Danny Ooi, dengan diiringi Ketua Pengadil ASEAN Records dan Asia Records, Gillian Ooi serta Eldrick Koh.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *