PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga

Tiga Akta Baharu, Satu Pindaan Di Bawah Dasar Perumahan Negara 2026-2035 – Nga

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat menggubal dan meminda empat akta berkaitan sektor perumahan di bawah Dasar Perumahan Negara (DRN) 2026-2035 bagi mewujudkan kerangka perundangan yang lebih menyeluruh, progresif dan adil kepada semua pihak.

Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata ia melibatkan tiga perundangan baharu iaitu Akta Pemaju Harta Tanah, Akta Pengurus Bangunan dan Akta Sewaan Kediama, selain pindaan terhadap Akta Pengurusan Strata 2013.

“Di bawah DRN yang dilancarkan pagi ini, kita nak pastikan keempat-empat akta ini bakal digubal dalam masa yang terdekat. Kita akan terus berusaha ke arah itu dan memberikan yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan DRN 2026-2035 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Ketua Setiausaha KPKT Datuk Dr M Noor Azman Taib.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata Akta Pemaju Harta Tanah kini berada pada peringkat akhir semakan dan diperlukan bagi memperluas skop kawal selia yang ketika ini terhad kepada pembangunan perumahan kepada hartanah komersial termasuk ruang kedai serta projek komersial.

Nga berkata Akta Pengurus Bangunan pula penting berikutan negara kini mempunyai hampir tiga juta unit hartanah strata merangkumi lebih 27,000 skim termasuk kondominium dan Pejabat Kecil Pejabat Rumah (SOHO), sekali gus memerlukan aspek penyelenggaraan sentiasa berada dalam keadaan selamat serta berdaya huni.

Mengenai Akta Sewaan Kediaman pula, beliau berkata akta itu bertujuan memastikan hak pemilik dan penyewa diseimbangkan serta kepentingan kedua-dua pihak dilindungi.

Beliau berkata pindaan kepada Akta Pengurusan Strata 2013 pula selaras dengan keperluan pengurusan hartanah strata ketika kadar urbanisasi negara meningkat daripada 28 peratus pada 1970 kepada 78 peratus ketika ini dan dijangka mencecah 85 peratus menjelang 2040.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam pada itu, Nga berkata KPKT akan memperkenalkan analitik data raya mulai tahun depan bagi menangani ketidakpadanan antara penawaran perumahan dengan keperluan sebenar pasaran yang menjadi antara punca hartanah tidak terjual.

Beliau berkata sistem itu akan menggabungkan data kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan KPKT mengikut daerah serta lokaliti sebelum dibuka untuk rujukan pemain industri.

“Masalah utama kita bukan penawaran dan pembinaan. Masalah kita ketika ada ketidakpadanan, apakah produk yang ditawarkan bukan produk yang diperlukan sebab itu ada hartanah yang tidak terjual,” katanya.

Nga berkata pemaju boleh menggunakan data itu bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan sebelum sesuatu projek dibangunkan supaya jenis, lokasi dan harga hartanah yang ditawarkan menepati permintaan pasaran.

Beliau berkata analitik data raya itu tidak akan diwajibkan kepada pemain industri, namun mereka boleh melanggan sistem berkenaan bagi membantu proses membuat keputusan.

Beliau berkata pendekatan sama juga akan membolehkan takrif harga rumah mampu milik ditentukan mengikut lokaliti berbanding penggunaan satu nilai seragam untuk seluruh negara.

Berdasarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), beliau berkata harga rumah mampu milik di Lembah Klang adalah RM500,000, manakala di Kelantan sekitar RM300,000 berikutan tahap pendapatan berbeza mengikut kawasan.

“Seperti orang kata one size doesn’t fit all. Bayangkan harga rumah mampu milik dekat Kuala Krai, Kelantan sama dengan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, ini memang tidak saintifik.

“Sebab itu analitik data raya kita akan ambil pendapatan mengikut lokaliti, wilayah dan juga jenis kawasan tersebut supaya apabila pemaju ke pengguna, mereka akan mengikut takrifan yang lebih mencerminkan realiti,” katanya. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *